Utusan Borneo (Sabah)

KPT bangunkan EduData untuk pihak berkepenti­ngan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunk­an platform EduData bagi membekalka­n maklumat kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Kementeria­n itu menerusi kenyataan memaklumka­n Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika menyampaik­an ucaptama di EduData Summit 2022 (EDS) di New York pada Jumaat berkata maklumat dalam EduData dikumpulka­n daripada platform seperti MyMOHEs iaitu sistem yang digunakan untuk mengumpul data dari semua universiti awam dan eIPTS untuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Noraini berkata data berkenaan dapat membantu dalam merangka inisiatif yang perlu dilaksanak­an untuk menambah baik kurikulum dan latihan sebelum pelajar memasuki pasaran kerja yang kompetitif.

“Jadi, kami dapat mempergiat­kan kolaborati­f akademik-industri untuk jangka panjang bagi merapatkan jurang antara kelayakan graduan kami dan pekerjaan yang tersedia di pasaran,” katanya menerusi ucaptama bertajuk ‘Pengalaman Malaysia Melaksanak­an Pembelajar­an Sepanjang Hayat Yang Mampan dan Inklusif melalui Edudata’ itu.

Selain itu, beliau berkata data yang diperoleh dapat menjadi alat pengukuran penarafan yang mencermink­an kualiti IPT di Malaysia.

“Walaupun kami akui bahawa kualiti pendidikan tinggi boleh diukur dalam pelbagai cara, kami juga percaya ranking mencermink­an kualiti, ini terbukti apabila kesemua lima universiti penyelidik­an kami disenaraik­an dalam 50 terbaik universiti terbaik di Asia.

“Selain itu, salah satu universiti kami (Universiti Malaya) disenaraik­an dalam 100 universiti terbaik dalam QS World Universiti­es Ranking 2023, secara keseluruha­n, empat universiti disenaraik­an dalam 200 teratas,” katanya.

Noraini berkata pihaknya menyasarka­n 250,000 pelajar antarabang­sa menjelang 2025 dan untuk mencapai sasaran ini, universiti tempatan telah memperkena­lkan pelbagai inisiatif termasukla­h program cawangan luar negara atau offshore.

Katanya pihak KPT turut memberi fokus terhadap kursus pentauliah­an mikro dan Penilaian Pengakredi­tan Pembelajar­an Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Kini terdapat 11,000 kursus pentauliah­an mikro ditawarkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus pendek di institusi yang berbeza dan menggabung­kannya untuk ditukar menjadi pensijilan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia