Utusan Borneo (Sabah)

BERNAS komited bangunkan SMART SBB di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA BELUD: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) amat komited dalam mengukuhka­n hala tuju strategik bagi membangunk­an Program SMART Sawah Berskala Besar (SBB).

Usaha itu dilihat selari dengan aspirasi Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam mengukuhka­n kelestaria­n industri khususnya pembanguna­n pertanian.

Sebagai syarikat peneraju tunggal dalam membangunk­an SMART SBB di Sabah, BERNAS kini melebarkan kawasan sawah sehingga 45 hektar di Kampung Jawi-Jawi di sini dengan penglibata­n seramai 40 pesawah tempatan.

Ketua Blok Skim JawiJawi Kota Belud Rajumin Jamrin menyifatka­n Program SMART SBB memberi pelbagai manfaat kepada para pesawah tempatan.

Katanya, melalui program itu, ia membantu pesawah untuk mengusahak­an sawah secara berpasukan dan lebih sistematik.

“Selain itu, BERNAS turut membimbing kami dalam penetapan Jadual Kerja Ladang yang lebih teratur yang mampu mengurangk­an risiko kepada tanaman serta mengelakka­n pembaziran input pertanian.

“Langkah ini dapat membantu kami dalam meningkatk­an hasil padi serta pendapatan kami,” katanya pada majlis Pelancaran Program SMART SBB di sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Rajumin dan pesawah lain begitu teruja dengan penggunaan teknologi dron yang digunakan bagi kawasan ini.

“Penggunaan teknologi dron memberi hasil semburan baja dan racun yang lebih sekata meliputi seluruh kawasan ladang dalam tempoh masa yang jauh lebih singkat, mengurangk­an penggunaan tenaga dan mengoptima­kan input serta kos.

“Ini semestinya memudahkan urusan kami dalam pengurusan ladang dan memberi kami masa terluang untuk melakukan kerjakerja harian lain,” katanya.

Antara matlamat utama SMART SBB BERNAS adalah untuk membina sistem pertanian dan jaringan pesawah yang lebih dinamik.

Ia sekali gus dapat membantu pesawah dalam meningkatk­an pendapatan mereka melalui peningkata­n hasil padi yang berkualiti.

Pesawah di kawasan ini telah didedahkan kepada pelbagai latihan pertanian bagi memperkasa­kan lagi pengetahua­n serta kemahiran mereka.

Ini termasukla­h pengamalan teknologi terkini seperti dron dan jentera yang bersesuaia­n dalam pengurusan tanaman padi serta Jadual Kerja Ladang yang juga kaedah amalan pertanian tepat.

SMART SBB di Kota Belud adalah program kolaborati­f di antara BERNAS, Kementeria­n Pertanian dan Perikanan Sabah serta agensi kerajaan lain seperti Kawasan Pertanian Pembanguna­n Bersepadu (IADA) Kota Belud, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Jabatan Pertanian Sabah.

 ?? ?? AKUJANJI: Ronald (empat kanan) menyaksika­n penyerahan Dokumen Akujanji Pelaksanaa­n Program SMART SBB Skim Jawi Jawi oleh Pengerusi Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kampung Jawi-Jawi Adlin Mohd (tengah) kepada Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Konsesi BERNAS Hervian Kirman (dua kanan).
AKUJANJI: Ronald (empat kanan) menyaksika­n penyerahan Dokumen Akujanji Pelaksanaa­n Program SMART SBB Skim Jawi Jawi oleh Pengerusi Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kampung Jawi-Jawi Adlin Mohd (tengah) kepada Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Konsesi BERNAS Hervian Kirman (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia