Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kerjaya beri peluang belia luar bandar

- Oleh Kenneddy Corlleus

SOOK: Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena dengan Karnival Kerjaya Belia Parlimen Pensiangan. Karnival berkenaan juga anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Pensiangan dan PERKESO Negeri Sabah.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, program berlangsun­g selama dua hari itu telah berjaya menarik 15 majikan dari pelbagai sektor untuk menawarkan peluangpel­uang pekerjaan.

“Antara sektor terlibat ialah perkhidmat­an, perhotelan, teknologi maklumat dan lain-lain lagi.

“Program tersebut dibawa khas untuk anak muda di kawasan pedalaman terutama belia di Parlimen Pensiangan bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan yang bersesuaia­n.

“Karnival yang diadakan ini merupakan peluang kepada para belia untuk bersama-sama menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Banyak peluang pekerjaan wujud apabila kerajaan mula membuka semula sektor-sektor perniagaan dan ekonomi negara kita.

“Sebagai wakil rakyat, saya harap belia dan beliawanis akan diutamakan ketika proses temu duga ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Belia Parlimen Pensiangan yang diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Sook baru-baru ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan memberitah­u, antara usahausaha lain yang dilaksanak­an bagi memperkasa­kan lagi golongan belia di kawasannya ialah melaksanak­an Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia.

Katanya, program itu bertujuan memastikan para belia mempunyai lesen yang sah dan aspek-aspek lain seperti infrastruk­tur asas serta capaian telekomuni­kasi turut ditingkatk­an.

“Usaha meningkatk­an infrastruk­tur asas seperti jalan raya dan capaian telekomuni­kasi boleh memastikan para belia mempunyai akses kepada peluang-peluang ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PERKESO Sabah Dr. Mohd Ali Hindia berkata, program seumpamait­uakanditer­uskan lagi di daerah-daerah lain di Sabah bagi membantu kerajaan mengurangk­an kadar penganggur­an terutamany­a dalam kalangan belia.

Pada majlis itu, PERKESO Sabah turut menyampaik­an sumbangan Faedah PERKESO (Akta 4 dan Akta 800) kepada ahli pencarum serta menyerahka­n Surat Tawaran Bekerja kepada pencari kerja yang telah berjaya mendapatka­n kerja dalam sesi temu duga terbuka diadakan itu.

 ?? ?? HARGAI: Arthur (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah satu majikan yang terlibat dalam karnival berkenaan sambil diperhatik­an Dr Mohd Ali (kanan).
HARGAI: Arthur (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah satu majikan yang terlibat dalam karnival berkenaan sambil diperhatik­an Dr Mohd Ali (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia