Utusan Borneo (Sabah)

Petani disaran usahakan tanaman Jagung Baja

- Oleh Hamzah Sanudin

RANAU: Petani di daerah ini disaran mengusahak­an kawasan tanah terbiar dengan tanaman Jagung Baja yang dilihat boleh mendatangk­an hasil lumayan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Datuk Jonathan Yasin berkata, petani perlu kreatif dan rajin supaya tanah-tanah terbiar dapat dimanfaatk­an serta memberikan pendapatan sampingan.

Katanya, tanaman jagung misalnya boleh diusahakan oleh petani kerana ia mudah dan cepat, selain mendapat permintaan yang banyak.

“Jagung adalah bahan makanan yang penting dan masih banyak diimport dari luar negara bagi menampung permintaan serta keperluan tempatan.

“Justeru, tanaman jagung adalah paling sesuai untuk diusahakan oleh petani di daerah ini bagi menampung keperluan tempatan serta mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil import,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata demikian ketika merasmikan Program Usahawan Agrotani Tanaman Jagung Baja, melalui Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, petani perlu rajin dan mengambil kesempatan membuka kawasan terbiar yang belum diterokai untuk dijadikan kawasan tanaman Jagung Baja.

“Tanaman jagung terbukti boleh mendatangk­an hasil yang lumayan dengan cepat jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Selain itu, penjagaann­ya juga tidak rumit dan membebanka­n petani berbanding dengan tanaman yang lain,” katanya.

Jonathan berkata, daerah Ranau sudah terkenal dengan produk buah-buahan seperti durian berkualiti serta tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah.

“Saya optimis, daerah Ranau juga boleh menjadi pengeluar tanaman Jangung Baja yang terkenal bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Jonathan mengumumka­n bantuan berupa biji benih jagung dan baja bernilai RM100 bagi setiap seorang kepada lebih 20 peserta yang hadir menyertai program tersebut.

Turut hadir, Pengerusi Peladang Nita dan Kopersai Ranau, Datin Jaini Majid; Pegawai Latihan Kanan, Bahagian Dasar dan Strategi Institiut Koperasi Malaysia, Mohd Razalie Raffae dan Pengurus Pertanian Koperasi Wawasan (Agrotani) Sabah, Paul Chang.

 ?? ?? Jaini (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Jonathan.
Jaini (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Jonathan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia