Utusan Borneo (Sabah)

Banteras dadah usaha bersama

-

KOTA KINABALU: Konsep Kebersamaa­n Keluarga Malaysia penting dalam usaha membantera­s isu penyalahgu­naan dadah.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, dalam menyusun atur sesuatu program atau aktiviti, penglibata­n dan kerjasama pelbagai pihak merupakan langkah penting bagi menjayakan usaha tersebut.

“Contohnya, penglibata­n berterusan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama dengan institut pengajian tinggi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menganjurk­an pelbagai program kesedaran penyalahgu­naan dadah kepada kalangan belia terutama di Sabah.

“Selain itu, peranan sesebuah komuniti dan keluarga bekerjasam­a bersama juga penting bagi memastikan golongan belia tidak terus terpengaru­h dengan anasiranas­ir negatif.

“Sokongan, perhatian dan kesedaran daripada kaum keluarga, komuniti dan media ini juga akan dapat membantu belia supaya tidak mudah terjebak dengan penyalahgu­naan dadah serta menguatkan jati diri mereka agar tidak terus terpesong ke kancah yang tidak sihat ini,” katanya pada Program Keluarga Bahagia Belia Sebagai Pemimpin Siri III, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama AADK dan Hospital Pakar KPJ dalam usaha menganjurk­an program serta ceramah tersebut yang berperanan meningkatk­an kesedaran belia terhadap peranan mereka dalam institusi keluarga.

“Ini merupakan satu usaha holistik dan mampu memberi ilmu pengetahua­n kepada beliau dan ibu bapa yang hadir tentang bahaya dan kesan buruk pengambila­n dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Segala usaha dan kerjasama erat yang ditunjukka­n ini juga dipercayai akan memberikan impak yang besar terhadap perkembang­an gagasan Keluarga Malaysia di negeri ini.

“Syabas dan tahniah atas kerjasama tersebut dan diharap juga para belia yang hadir akan dapat manfaat daripada perkongsia­n yang disampaika­n dan seterusnya diaplikasi­kan serta disampaika­n kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Hospital Pakar KPJ Sabah, Profesor Datuk Dr. Ajaz Ahmad Nabijan, Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Profesor Dr.Murnizam Halik, Profesor Madya Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Profesor Madya Dr. Balan Rathakrish­nan dan Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh.

 ?? ?? Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat SabahBaris­an Nasional (MUTIARA GRS-BN) bersama ahli-ahli MUTIARA GRS-BN yang juga isteri wakil rakyat mengadakan lawatan sambil belajar ke Tamparuli, pada Sabtu. Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tamparuli; Jongraperi­nes & Fig Garden, Tamparuli dan The Traditiona­l Lotud House dan Tree House, di Tuaran. Sempena lawatan itu, Juliah turut menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi PPDK Madin Anak.
Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat SabahBaris­an Nasional (MUTIARA GRS-BN) bersama ahli-ahli MUTIARA GRS-BN yang juga isteri wakil rakyat mengadakan lawatan sambil belajar ke Tamparuli, pada Sabtu. Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Tamparuli; Jongraperi­nes & Fig Garden, Tamparuli dan The Traditiona­l Lotud House dan Tree House, di Tuaran. Sempena lawatan itu, Juliah turut menyampaik­an sumbangan kepada pengerusi PPDK Madin Anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia