Utusan Borneo (Sabah)

MB Perak nafi dakwaan operasi perlombong­an di Gerik dimulakan

-

IPOH: Dakwaan kononnya operasi perlombong­an lantanida yang merupakan sejenis nadir bumi di Hulu Perak dekat Gerik Gerik telah dimulakan adalah tidak benar.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata imej daripada paparan satelit adalah struktur lama yang dibuat bagi kerja-kerja awalan dalam mengenal pasti kehadiran bahan di lokasi tersebut.

“Saya ingat perkara ini sudah lama sebelum saya menjadi Menteri Besar pada dua tahun lepas. Menteri Besar sewaktu kerajaan dahulu lagi telah memberitah­u terdapat sebuah penemuan mineral baharu.

“Ia telah dimulakan secara kecil-kecilan di tapak tanah kepunyaan Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (SADC), namun apabila saya melakukan lawatan Program MESRA di Gerik didapati sudah ada tanah yang dikorek dan berlubang.

“Kami telah mengarahka­n mereka untuk menghentik­annya kerana belum mendapatka­n kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari

Koperasi Negara peringkat Negeri Perak 2022 sempena 100 tahun Gerakan Koperasi di sini kelmarin.

Saarani mengulas laporan portal tempatan yang memaparkan imej satelit dengan mendakwa kerja-kerja telah dimulakan di tapak di Hulu Perak lebih setahun sebelum kerajaan meluluskan projek perlombong­an nadir bumi.

Menurutnya, kerja-kerja perlombong­an masih panjang susulan ia perlu mendapatka­n permohonan.

“Kita sudah terima kelulusan daripada penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan ketika ini di peringkat permohonan kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Gerik untuk membenarka­n mereka memasuki kawasan tersebut termasuk Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Penilaian Impak Sosial (SIA), untuk mendapatka­n kebenaran merancang,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GUNA SEBAIKNYA: Saarani (empat kiri) bergambar bersama penerima Geran Bantuan dari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batang Padang (Utara) Berhad Mohd Suhaimi Omar (kanan) pada majlis Hari Koperasi Negara 2022 sempena sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi, Sambutan Usahawan Negara dan Minggu PKS di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di Ipoh, kelmarin.
— Gambar Bernama GUNA SEBAIKNYA: Saarani (empat kiri) bergambar bersama penerima Geran Bantuan dari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batang Padang (Utara) Berhad Mohd Suhaimi Omar (kanan) pada majlis Hari Koperasi Negara 2022 sempena sambutan 100 tahun Gerakan Koperasi, Sambutan Usahawan Negara dan Minggu PKS di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di Ipoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia