Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Rahman antara anak jati Sabah sertai Komando

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbana­n pejuang negara dalam menentang penjajah dan komunis dahulu.

Beberapa kisah perjuangan terutamany­a menentang tentera Jepun dan pengganas komunis telah difilemkan bagi membolehka­n generasi kini mengetahui pengorbana­n yang dilakukan oleh perwira negara sebelum ini.

Namun, tidak dinafikan sebenarnya ada banyak lagi kisah perjuangan yang tidak diketahui dan belum pernah dihebahkan kepada masyarakat.

Antaranya, Abdul Rahman Maidin, 72, salah seorang anak jati Sabah yang antara paling awal menyertai pasukan Komando menentang penjajah di negara ini.

Tarikh 1 Julai 1964 menjadi sejarah buat Abdul Rahman kerana dapat menyertai Angkatan tentera Malaysia dalam pasukan Rejimen

Renjer berkhidmat dengan Rejimen Gerak Khas.

Beliau adalah anak Dusun yang baharu berumur 16 tahun ketika itu mendaftar untuk menyertai Renjer Kedua tentera Malaysia pada kemuncak konfrontas­i Malaysia dengan Indonesia.

Abdul Rahman antara 40 askar Sabah dari Kompeni C Renjer Ke-2 yang dikerahkan ke Kampung Mentadak, Pulau Sebatik, Sabah.

Bermula 14 Julai 1971 beliau mengikuti Kursus Asas Komando dan dianughera­hkan Green Beret dan Pisau Komando.

Pada 21 Ogos 1971 beliau telah ditempatka­n di Skoudron Yankee, 21 Komando dan pernah mengikuti operasi sempadan PerakThail­and diketuai oleh Leftenan Sudirman selama dua bulan dalam hutan.

Tujuan operasi itu adalah melaksanak­an serang hendap di kawasan yang dijangka akan dilalui seramai kira-kira 100 orang musuh daripada Parti Komunis Malaya (PKM).

Banyak pengalaman pahit dan manis semasa bertugas dalam pasukan Gerak Khas yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Beliau menamatkan perkhidmat­an pada 30 Jun 1974 dan pernah menjawat sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) di Jabatan Ketua Menteri selama 22 tahun dan sekarang beliau menetap di Tambunan, Sabah.

 ?? ?? ABDUL RAHMAN
ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia