Utusan Borneo (Sabah)

Penantian 12 tahun, rezeki terpilih tunai haji selepas pandemik

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Terpilih menjadi ‘Tetamu Allah’ untuk mengerjaka­n ibadah haji tahun ini antara berita gembira yang paling dinantikan buat pasangan suami isteri Ariffin Bakri dan Norbayah Hasbah.

Selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik COVID-19, akhirnya penantian selama 12 tahun bagi pasangan dari Kampung Lumadan, Beaufort ini tertunai juga untuk sama-sama menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ariffin ketika ditemui Utusan Borneo berkata, biarpun banyak cabaran dan persediaan perlu dibuat sebelum menunaikan haji, namun semua urusan berjalan lancar mengikut jadual yang sepatutnya.

Beliau yang bertugas sebagai guru di Sekolah Agama Negeri (SAN) Lumadan ini berkata, kursus persediaan haji terpaksa diikuti secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.

“Kursus yang diikuti membantu kami untuk memahami dan mendalami secara terperinci agar lebih bersedia dalam mengerjaka­n ibadah haji.

“Sememangny­a kami agak kecewa apabila tawaran untuk menunaikan haji ditangguhk­an pada 2020 akibat COVID-19. Namun, apakan daya semuanya tidak diduga dan ini mengajar kami untuk lebih bersabar sebelum menerima panggilan seterusnya,” jelasnya.

Ditanya mengenai keyakinan untuk mengerjaka­n haji dalam keadaan fasa endemik baharu dilaksanak­an, beliau yakin dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, selain melengkapa­n pengambila­n vaksin dan dos penggalak, beliau dan isteri turut mematuhi saranan penjagaan kesihatan yang ditetapkan oleh KKM.

Sementara itu, bagi pasangan pendidik dari

Kinarut Papar, Hartini Yussof, 41, dan Noramlie Muhamad, 43, biarpun tawaran menunaikan haji terpaksa ditangguhk­an dua tahun lepas, mereka tetap menyimpan keyakinan akan diberi peluang untuk menjadi ‘Tetamu Allah’.

Hartini berkata, tawaran hanya diterima pada saat akhir iaitu minggu terakhir bulan puasa tahun ini. Tetapi, memandangk­an persediaan sudah dibuat lebih awal ia memudahkan mereka untuk membuat persiapan.

“Secara peribadiny­a, pandemik COVID-19 ini juga memberikan kami masa yang cukup untuk membuat persediaan dari segi mengkaji dan mendalami perkara utama berkaitan ibadah haji.

“Justeru, biarpun kami mengikuti kursus secara dalam talian sahaja kecuali kursus perdana secara bersemuka, ia sudah cukup memberikan kami masa untuk membuat persiapan,” jelasnya.

Seramai 142 orang termasuk 65 lelaki dan 77 wanita menyertai kumpulan pertama jemaah haji dari Sabah mula berlepas semalam dan diikuti kumpulan seterusnya hari ini.

Pelepasan jemaah haji tahun ini yang pertama dibuat selepas ditangguhk­an akibat pandemik COVID-19 pada 2020.

 ?? ?? JEMAAH: Ariffin (empat kiri) dan Norbayah (tengah) bergambar bersama ahli keluarga sebelum berlepas menunaikan haji.
JEMAAH: Ariffin (empat kiri) dan Norbayah (tengah) bergambar bersama ahli keluarga sebelum berlepas menunaikan haji.
 ?? ?? TUNAI HAJI: Hartini (kiri) bersama suami Noramlie (kanan) lebih bersedia untuk menunaikan haji tahun ini.
TUNAI HAJI: Hartini (kiri) bersama suami Noramlie (kanan) lebih bersedia untuk menunaikan haji tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia