Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Tawau catat RM105,047.60 nilai rampasan minyak masak

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sebanyak RM105,047.60 nilai rampasan yang direkodkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi kes penyelewen­gan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram di kawasan Tawau sehingga 9 Jun ini.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Tawau, Sam Aminudin, berkata jumlah itu adalah hasil kejayaan operasi yang dijalankan pihaknya pada tahun ini.

Katanya, hasil risikan KPDNHEP Tawau mendapati modus operandi penyelewen­g barang kawalan itu adalah membeli mengikut kapasiti pengguna.

“Kita dapati pihakpihak yang tidak bertanggun­gjawab ini, mereka membeli secara kecil-kecilan, kemudian dikumpulka­n di dalam satu tempat.

“Hasil yang dikumpul apabila sudah banyak, mereka akan laksanakan aktiviti untuk membawa barang kawalan tersebut ke seberang dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di pejabat KPDNHEP Tawau di sini.

Beliau berkata, dari segi aduan, pihaknya telah menerima sebanyak 48 aduan sehingga 9 Jun tahun ini dengan barang kawalan merekodkan tujuh sahaja.

“Aduan-aduan yang dilaporkan itu adalah berkaitan dengan barangbara­ng kawalan yang dijual mahal, dan susah diperoleh di premis perniagaan,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, daerah Tawau tidak mempunyai isu kekurangan bekalan minyak masak peket kerana jumlah kuota diperolehi adalah sebanyak 1,154 metrik tan setiap bulan.

“Terdapat 10 syarikat pembungkus­an minyak masak di Tawau yang membekalka­n 1,154 metrik tan minyak masak peket bagi tempoh sebulan.

“Selain pasaran Tawau, minyak masak peket ini turut diedarkan di daerah sekitar antaranya Kunak dan Semporna,” katanya.

Dalam masa sama katanya, KPDNHEP Tawau masih mengehadka­n setiap keluarga hanya boleh membeli dua kilogram minyak masak peket bagi tujuan kawalan dan mengelak berlakunya pembelian panik.

 ?? ?? SAM
SAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia