Utusan Borneo (Sabah)

Kes COVID-19 di Sabah meningkat lagi

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 Sabah semalam terus meningkat dengan merekodkan 72 kes, pertambaha­n 14 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kepada angka jangkitan yang agak tinggi di Sabah semalam ialah pertambaha­n kes harian di Kota Kinabalu yang mencatat 38 kes baharu (+18).

“Beberapa daerah yang tidak mencatatka­n sebarang jangkitan sebelum ini mencatatka­n jangkitan baharu walaupun dalam jumlah yang kecil.

“Ini dapat dilihat daripada jumlah daerah yang ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan yang berkuranga­n daripada 19 daerah kelmarin kepada 14 daerah sahaja semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah sampel ujian juga sedikit sebanyak menentukan angka jangkitan harian.

Katanya, jumlah sampel pada 12 Jun 2022 adalah sebanyak 2,028 dan telah menghasilk­an 58 kes positif dan semalam 72 kes positif dikesan daripada 2,189 sampel ujian. Pada hari Sabtu lalu, 1,924 sampel ujian memperoleh­i hanya 38 kes positif. “Secara keseluruha­n jumlah daerah yang mencatatka­n penurunan kes dan yang mencatatka­n peningkata­n adalah seimbang. Sebanyak 11 daerah mencatatka­n kes satu angka sementara Kota Kinabalu serta Penampang kekal dengan kes dua angka.

“Sebanyak 69 daripada 72 kes semalam adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta tiga kes dalam Kategori 4,” katanya.

 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia