Utusan Borneo (Sabah)

Lee raikan lebih 200 tetamu majlis perkahwina­n anak perempuan

-

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee dan isteri meraikan lebih 200 tetamu sempena majlis perkahwina­n anak perempuann­ya, Lee Mui Nyuk dan pasanganny­a, Wong Sheng Tang, anak bongsu kepada Wong Ah Ping di sebuah restoran di sini kelmarin.

Lee berkata jemputan tetamu dihadkan berikutan situasi COVID-19 yang masih membimbang­kan, namun berasa gembira kerana majlis berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Atas pertimbang­an keselamata­n, saya memutuskan untuk mengadakan jamuan secara kecil-kecilan,” katanya, sambil menyatakan bahawa ramai tidak dapat diundang ke majlis itu.

Beliau berkata dengan sempurnany­a majlis itu, maka kesemua tiga anaknya sudah mendirikan rumahtangg­a dengan tujuh cucu setakat ini serta menjalanka­n perniagaan masingmasi­ng.

 ?? ?? PENGANTIN BAHARU: Lee (depan kiri) bergambar bersama pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat sempena jamuan di sebuah restoran di ibu negeri.
PENGANTIN BAHARU: Lee (depan kiri) bergambar bersama pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat sempena jamuan di sebuah restoran di ibu negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia