Utusan Borneo (Sabah)

Maybelle johan pertanding­an Jambatan Bahasa Cina kedua peringkat Malaysia

-

KOTA KINABALU: Maybelle Meryl Maurice dari SJKC St Peter, Telipok, berjaya menjadi johan pada pertanding­an ‘Jambatan Bahasa Cina ke-2’ Peringkat Malaysia.

Pertanding­an yang diadakan baru-baru ini berjaya menarik sejumlah 17 peserta dari seluruh negara yang dipilih memasuki peringkat akhir.

Pemenang tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Anmar Yusof Izwan (SJKC St James) dan Jasnita Mat Saad (SJK Che Hwa) manakala enam peserta lain memenangi anugerah khas dan tiga orang peserta memenangi anugerah penyertaan.

Johan dan naib johan pertanding­an akan mewakili Malaysia menyertai pertanding­an di peringkat antarabang­sa.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Kaunselor Pendidikan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia Zhao Chang Tao.

Dalam pada itu, Naib Canselor Hal Ehwal Antarabang­sa Universiti Malaya Prof. Dr. Yong Zulina berkata, pertanding­an ‘Jambatan Bahasa Cina ke-2’ adalah satu platform yang mempromosi­kan pertukaran bahasa dan budaya.

“Pertanding­an ini menggalakk­an pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan mahasiswa universiti di Malaysia untuk mempelajar­i bahasa Cina, meningkatk­an penguasaan bahasa berkenaan serta mendalami pemahaman mereka tentang budaya Cina,” katanya.

Pertanding­an ini mengandung­i tiga bahagian, iaitu ujian pengetahua­n bahasa serta budaya, kuiz pertuturan dan pertunjuka­n bakat budaya Cina.

 ?? ?? MAYBELLE
MAYBELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia