Utusan Borneo (Sabah)

Melabur demi masa depan anak-anak Sarawak: Abg Johari Dana Kekayaan Berdaulat boleh memberi pinjaman biasiswa kepada anak-anak Sarawak

- Oleh Clare Cinderella

“Jika kewangan kita kukuh, maka kita boleh memberi pinjaman biasiswa ” kepada anak-anak kita. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis membuat perancanga­n jelas melabur demi masa depan anakanak Sarawak khususnya dalam bidang pendidikan menerusi Dana Kekayaan Berdaulat.

Abang Johari berkata, beliau akan membentang­kan rang undang-undang mengenai Dana Kekayaan Berdaulat itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) November depan.

“Jika kewangan kita kukuh, maka kita boleh memberi pinjaman biasiswa kepada anak-anak kita.

“Mungkin kita akan beri pengajian tinggi secara percuma untuk anak-anak Sarawak. Itu niat saya tetapi keadaan kewangan kita mesti kukuh.

“Kita mesti mengekalka­n lebihan hasil kita. Saya berani mengatakan ini kerana kita akan mempunyai aliran pendapatan yang baik,” katanya mengenai hasrat itu pada Majlis Gawai Raya DUN Lambir 2022 dan Pelancaran Projek Pusat Komuniti Bersepadu (PICC) Taman Jelita Fasa Dua di sini, malam kelmarin.

Turut hadir isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I (Pelanconga­n) Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datu Dr Penguang Manggil serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan II Dr Ripin Lamat yang juga ADUN Lambir.

Beliau juga menegaskan tentang keperluan Sarawak berhemat dalam perbelanja­an memandangk­an negeri ini kini berada di laluan betul dan membangun dengan baik.

Selain menjana hasil melalui Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas minyak dan gas dikeluarka­n di negeri ini, beliau berkata Sarawak dijangka menjana satu lagi pendapatan baharu melalui pendekatan ekonomi baharu penyimpana­n karbon.

Justeru, Abang Johari menegaskan perlunya

Sarawak mempunyai dasar mesra perniagaan dan dasar itu perlu diurus dengan baik.

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa gembira kerana Shell Malaysia telah memindahka­n semula operasi ibu pejabatnya dari Kuala Lumpur ke Miri.

Sehubungan itu, beliau berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu merampas kembali kerusi Parlimen Miri daripada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan Miri membangun di tangan kerajaan yang betul.

“Parlimen Miri mesti kembali kepada GPS. Bandar raya Miri mesti menjadi bandar minyak paling terkenal di Malaysia,” katanya.

Mengenai Majlis Gawai Raya DUN Lambir 2022, beliau berkata majlis seumpama itu berjaya memaparkan konsep tulen Keluarga Malaysia.

“Ini kerana konsep Keluarga Malaysia telah pun diamalkan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan pelbagai kaum di Sarawak.

“Justeru, tiada isu perkauman dan agama di Sarawak, sebab itu kita (GPS) boleh menang 76 kerusi daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

“Ini kerana, kita mempunyai objektif yang sama membangunk­an negeri kita dan melindungi hak-hak kita,” jelasnya.

 ?? ?? MENARIK: Abang Johari dan isteri tertarik dengan tatarias masakan dipersemba­hkan oleh Jawatankua­sa Masjid Al-Firdaus Taman Tunku. Turut kelihatan pengerusin­ya Alwi Amin (dua kanan) di Miri malam kelmarin.
MENARIK: Abang Johari dan isteri tertarik dengan tatarias masakan dipersemba­hkan oleh Jawatankua­sa Masjid Al-Firdaus Taman Tunku. Turut kelihatan pengerusin­ya Alwi Amin (dua kanan) di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia