Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada pekerja asing

-

MIRI: Sarawak tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing terutama dari Indonesia, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau mendedahka­n ini kerana Indonesia juga sudah berada pada tahap pembanguna­n memerlukan pekerja, khususnya dengan perpindaha­n ibu negaranya dari Jakarta ke kota Nusantara.

“Banyak projek diluluskan tetapi apabila sampai ke peringkat pelaksanaa­n, harga barang pula naik dan tiada pekerja. Malah, projek Pan Borneo juga menghadapi masalah kekurangan pekerja.

“Kita sudah ada (banyak) pekerjaan tetapi kita tidak ada tenaga kerja mencukupi dan inilah yang menjadi masalah kepada kita,” katanya pada Majlis Makan Malam Gawai Raya DUN Lambir 2022 dan Pelancaran Projek Pusat Komuniti Bersepadu (PICC) Taman Jelita Fasa 2 di sini, malam kelmarin.

Menurut beliau, masalah itu juga menyebabka­n banyak projek berjalan dengan amat perlahan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata bukan sahaja dalam sektor pembinaan dan pembanguna­n malah industri perladanga­n kelapa sawit turut menerima impak sama.

“Banyak syarikat perladanga­n datang kepada kita (kerajaan negeri) merungut kerana kekurangan tenaga pekerja.

“Kalau nak ambil pekerja dari Bangladesh susah kerana mereka tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini.

“Justeru, tidak salah jika kita menggunaka­n cara baharu menguruska­n ladang kelapa sawit dengan menggunaka­n teknologi baharu dan mencipta cara baharu.

“Jangan bergantung kepada pekerja Indonesia lagi kerana Nusantara juga sedang membangun,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau menggesa generasi muda Sarawak supaya meningkatk­an kemahiran dalam teknologi terkini dengan menjalani latihan di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Abang Johari berkata, tepat pada masanya golongan muda membangunk­an projek dengan cara baharu iaitu menggunaka­n teknologi yang dapat menggantik­an tenaga kerja manual untuk pekerjaan tertentu seperti di ladang kelapa sawit.

Pada majlis itu, beliau turut meluluskan tujuh projek rakyat bernilai RM24 juta bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Ini merupakan antara sembilan projek dikemukaka­n oleh wakil rakyatnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan II Dr Ripin Lamat.

Tujuh projek diluluskan ialah PICC Taman Jelita Fasa Tiga bernilai RM5 juta, tamu baharu Taman Tunku (RM6 juta), pembinaan masjid Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sri Miri (RM3.5 juta), dana tambahan menaik taraf Chapel St Bernadette, Simpang Bekenu kepada sebuah gereja, dewan serba guna (termasuk gelanggang bola keranjang dan badminton) kawasan perumahan Lapangan Terbang Miri serta menaik taraf dan membina rumah panjang 25 pintu Rumah George Sirai dan 27 pintu Rumah Morris.

Mengenai permintaan Ripin menaik taraf jalan satu lorong dari Lambir ke Sepupok Niah kepada dua lorong, Abang Johari berkata beliau setuju dengan cadangan itu kerana jalan sedia ada terlalu sempit memandangk­an kawasan itu kini semakin membangun.

Sehubungan itu, beliau mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi butiran lanjut mengenai projek itu termasuk anggaran kos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia