Utusan Borneo (Sabah)

KPLB peruntuk RM1.9 juta bagi program TVET KEMAS

-

GENTING HIGHLANDS: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntu­kkan RM1.9 juta untuk melaksanak­an program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membantu golongan B40.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata KEMAS melalui peruntukan itu membuka tawaran kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun untuk mengikuti latihan peringkat sijil hingga diploma dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan pentadbira­n fesyen hingga 26 Jun ini.

Beliau berkata program latihan yang akan dikendalik­an di Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar, Perak itu termasuk bimbingan, kursus dan biasiswa yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk memberi peluang serta membantu golongan berpendapa­tan rendah mengubah nasib keluarga mereka.

Menurut Abdul Rahman, program TVET yang dilaksanak­an di akademi itu merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua dan Tiga, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap Empat serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap Lima.

“Jika dahulu kelas-kelas kemahiran KEMAS hanya dilaksanak­an di kampung untuk suri rumah, kini kami telah kembangkan­nya sehingga ke peringkat diploma dan diiktiraf Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kemas Pahang di sini semalam.

Abdul Rahman berkata akademi yang dibuka pada 2007 itu telah berjaya melahirkan 1,414 siswazah diploma.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumka­n KPLB akan menganjurk­an EXPO TVET@KPLB di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah pada 23 hingga 25 Jun ini.

Beliau berkata lebih 100 kursus TVET kendalian kesemua 279 institusi TVET di bawah KPLB akan dipromosik­an pada program tersebut yang dijangka dihadiri lebih 100,000 pengunjung.

“Ekspo ini akan membuka peluang belia dan beliawanis di negara ini untuk mengetahui dan menceburi bidang TVET di bawah institusi pendidikan KPLB dan agensinya di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, Abdul Rahman menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 97 kakitangan KEMAS Pahang bagi menyuntik semangat warga KPLB untuk terus memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH PERKHIDMAT­AN CEMERLANG: Abdul Rahman bergambar bersama ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semalam.
— Gambar Bernama ANUGERAH PERKHIDMAT­AN CEMERLANG: Abdul Rahman bergambar bersama ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia