Utusan Borneo (Sabah)

Kes baharu COVID-19 meningkat 0.4 peratus minggu lepas

-

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiolo­gi (ME) ke-23 dari 5 hingga 11 Jun meningkat sebanyak 0.4 peratus iaitu 11,096 kes berbanding 11,052 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-22).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 4,524,727 kes.

Beliau berkata purata kes aktif setiap hari bagi ME ke23 pula menurun sebanyak 5.5 peratus iaitu 22,013 kes berbanding minggu sebelumnya.

“Purata kadar kebolehjan­gkitan COVID-19 (nilai Rt) pula menunjukka­n peningkata­n sebanyak 5.5 peratus iaitu 0.96 berbanding 0.91 pada minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau bilangan kes sembuh pada ME ke23 menurun sebanyak 21.7 peratus (13,797 kes kepada 10,806 kes) berbanding ME ke-22, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,466,305.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian pada ME ke23 juga menunjukka­n penurunan kepada 3.8 peratus, dengan 25 kes berbanding 26 kes pada minggu sebelumnya menjadikan kumulatif kematian kini 35,711.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan

COVID-19 (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

“Namun begitu, jumlah kemasukan pesakit COVID19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 20 peratus. Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula menurun sebanyak 20 peratus.

“Secara keseluruha­n, penggunaan katil PKRC meningkat sebanyak 200 peratus dan penggunaan katil bukan kritikal juga meningkat sebanyak lapan peratus manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 17 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia