Utusan Borneo (Sabah)

Norway atasi Sweden 3-2 di Ollevaal

Hasil sentuhan gol berganda Haaland, gol tunggal Sorloth dalam aksi Liga Negara UEFA

-

OSLO: Erling Haaland menjaringk­an dua gol dan mengumpan gol ketiga ketika Norway menewaskan pasukan negara jiran, Sweden 3-2 dalam aksi Liga Negara UEFA di Stadium Ollevaal di sini pada Ahad. “Saya hilang kata-kata!” kata penyerang berusia 21 tahun sebelum menambah: “Ini adalah kali pertama saya bermain di hadapan penonton penuh sesak di Ullevaal. Dan kemenangan ke atas Sweden pada perlawanan terakhir musim ini, ia sangat menarik.” Haaland, yang akan menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund pada musim panas ini, meletakkan Norway di hadapan pada minit ke-10 dengan satu tandukan kemas. Beliau menambah jaringan dari satu tendangan penalti pada mini tke54 selepas Hjalmar Ekdal mengasari Alexander Sorloth. Ia adalah gol antarabang­sa ke-20 Haaland dari 18 perlawanan bersama Norway.

Sweden bangkit lapan minit kemudian apabila Emil Forsberg menyempurn­akan hantaran Dejan Kulusevski.

Namun Halaand meletakkan Norway kembali dengan kelebihan dua gol apabila mengumpan bola kepada Sorloth untuk gol ketiga pada minit ke-77.

Forsberg berasa terkilan dengan gol yang dilepaskan oleh pasukannya.

“Ia adalah gol terlalu mudah untuk mereka,” katanya.

Viktor Gyokeres menjaringk­an gol kedua Sweden untuk memberikan harapan tipis pada minit kecederaan tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk mengelak kekalahan.

“Kemenangan ini sememangny­a hebat,” kata jurulatih Norway, Stale Solbakken.

“Sweden lebih bagus di jentera serangan berbanding pertahanan ketika ini. Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih bagus tetapi ia adalah penting untuk menjaringk­an gol awal. Ia memberikan kami kelebihan mental.”

Kemenangan meletakkan Norway di tangga teratas Kumpulan 4 Liga B dengan 10 mata dari empat perlawanan.

Serbia di tangga kedua dengan kurang tiga mata selepas seri 2-2 dengan Slovenia dengan Sweden di tangga ketiga dengan tiga mata. — AFP

“Sweden lebih bagus di jentera serangan berbanding pertahanan ketika ini. Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih bagus tetapi ia adalah penting untuk menjaringk­an gol awal. Ia ” memberikan kami kelebihan mental.

Stale Solbakken Jurulatih Norway

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia