Tenis: Van Rijthoven tewaskan Medvedev, raih kejuaraan pertama
‘S-HERTOGENBOSCH: Tim van Rijthoven mengambil sepenuh peluang yang jarang bermain dalam jelajah utama kejohanan tenis apabila meraih kejuaraan pertama apabila mengejutkan jaguh dari Rusia, Daniil Medvedev 6-4 dan 6-1 di final kejohanan di sini pada Ahad.
Pemain berusia 25 tahun dari Belanda itu , yang berada pada ranking ke-205 dunia, mengambil masa 1 jam dan 5 minit untuk menewaskan Medvedev yang bagaimanapun akan kembali ke ranking nombor satu dunia pada Isnin.
Van Rijthoven, yang dijemput menyertai kejohanan di tanahairnya sebagai pemain wildcard, menghabiskan musim ini dan kebanyakan kariernya dalam Jelajah Cabaran, ala divisyen kedua kejoh ana n.
“Semuainibaharubagisaya, ia akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikannya,” kata Van Rijthoven, yang belum memenangi sebarang perlawanan di peringkat Jelajah ATP sebelum minggu ini.
“Ia sememangnya satu impian pada minggu ini. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan saya kerana terus merendah diri minggu ini, melakukan perkara biasa dan tidak memperbesarkan lebih dari kebiasaannya.”
Medvedev memberitahu juara baharu itu: “Kali pertama dalam final ATP dan kamu memusnahkan pemain nombor dua dunia.”
Van Rijthoven tewas di pusingan kelayakan pada dua kejohanan Grand Slam pertamanya tahun ini tetapi dia adalah satu-satu finalis perseorangan di ‘sHertogenbosch yang layak bermain di Wimbledon.
Medvedev dan dua lagi finalis bahagian wanita, Aryna Sabalenka dari Belarus dan Ekaterina Alexandrova dari Rusia, digantung penyertaan mereka di Wimbledon tahun ini ekoran pencerobohan ke atas Ukraine oleh Rusia.
Pada final perseorangan wanita, Alexandrova dari Rusia menewaskan Sabalenka, pilihan pertama kejohanan 7-5 dan 6-0.
Ia adalah kejuaraan kedua Alexandrova selepas memenangi kejuaraan di Shenzhen pada 2020.
Sabalenka, pemain ranking keenam dunia dan pernah melangkah ke peringkat separuh akhir di Wimbledon tahun lepas, mendahului 5-4 pada set pertama sebelum hilang rentak secara mendadak membolehkan lawannya memenangi sembilan permainan berturut-turut sebelum mengawal sepenuh permainan untuk meraih kejuaraan.
— AFP