Utusan Borneo (Sabah)

Berrettini tewaskan Murray, ungguli kejohanan ATP Stuttgart

-

STUTTGART: Matteo Berrettini meraikan kepulangan­nya ke gelanggang tenis dengan kemenangan pada Ahad apabila menewaskan Andy Murray 6-4, 5-7 dan 6-3 untuk menjulang trofi ATP Stuttgart di sini.

Berrettini, yang kali terakhir bermain pada bulan Mac dan menjalani pembedahan tangan, memenangi perlawanan kesembilan berturuttu­rut di sini tanpa tewas ketika dia mengulangi kejayaan pada penampilan sulung di sini dengan kejuaraan pada 2019.

Murray, yang membawa permainan ke set ketiga ketika beraksi di final yang ke-70 dalam kariernya, terganggu oleh kesakitan di pangkal paha dan ada bertemu pelatihnya selepas tewas mata pertama pada set penentuan.

“Ia sangat luar biasa,” kata Berrettini, pemain ranking ke-10 dunia selepas meraih kejuaraan pertamanya sejak di Queen’s Club pada Jun tahun lepas.

“Ini adalah perkara terakhir yangsayabo­lehbayangk­anapabila kembali ke gelanggang.

“Saya ada terfikir jika saya tidak dapat bermain pada kejohanan ini dan sekarang saya memegang trofi kejuaraan, ia kelihatan seperti dalam mimpi.

“Sasaran saya ialah untuk bermain dengan baik selepas pembedahan pertama dalam kehidupan saya. Saya tidak bermain dengan baik pada awal minggu tetapi menjadi lebih bagus pada setiap perlawanan.

Berrettini memberikan pujian kepada Murray, pemain ranking ke-68 dunia.

“Andy sudah menunjukka­n banyak kali bagaimana dia boleh bangkit semula,” kata bintang Itali berusia 26 tahun itu.

“Ini bukan cara yang kita mahukan untuk menamatkan perlawanan (dengan Murray mendapat rawatan di tepi gelanggang). Saya bersimpati dengannya, dia masih seorang juara yang hebat.”

Murray bagaimanap­un meninggalk­an Jerman dengan keyakinan baharu ketika dia akan menyertai kejohanan di Queen’s selepas ini.

“Ia merupakan minggu yang hebat buat kali pertama saya di sini,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

“Tahniah kepada Matteo. Ia tidak pernah mudah untuk kembali dari pembedahan. Dia bermain dengan sangat bagus hari ini dan selayaknya menang.”

Bekas pemain nombor satu dunia dari Scotland itu menambah: “Saya tidak dapat beraksi lebih bagus tetapi saya melakukan banyak peningkata­n dalam beberapa minggu yang lalu.

“Saya berasa lebih selesa dengan permainan saya dan saya berharap badan saya boleh bertahan lebih lama supaya saya dapat bermain perlawanan seperti ini.”

Murray kelihatan mengawal permainan apabila membawa permainan ke set penentuan.

Tetapi dia hilang rentak pada awal permainan dan memerlukan rawatan di tepi gelanggang kerana masalah di pangkal pahanya.

Selepas itu, dia gagal memberikan cabaran yang kuat, membolehka­n Berrettini mengawal permainan untuk mengesahka­n kejuaraan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TAHNIAH: Murray (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Berrettini setelah berjaya mengunggul­i kejohanan tenis ATP Stuttgart, kelmarin.
— Gambar AFP TAHNIAH: Murray (kiri) mengucapka­n tahniah kepada Berrettini setelah berjaya mengunggul­i kejohanan tenis ATP Stuttgart, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia