Utusan Borneo (Sabah)

Projek Hidroelekt­rik Nenggiri: Komitmen TNB untuk tenaga hijau

-

KOTA KINABALU: Majlis pecah tanah Projek Hidroelekt­rik Nenggiri, Gua Musang disempurna­kan kelmarin (12 Jun) sebagai satu lagi penjanaan tenaga hijau oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) demi melestarik­an kehidupan manusia dan alam sekitar di samping meningkatk­an kestabilan bekalan elektrik untuk rakyat dan negara.

Apabila beroperasi kelak, ia akan menyumbang secara purata unit dijana sebanyak 600-Gigawatt jam setahun, sekali gus menghindar­i pelepasan 355,000 tan karbon dioksida (CO2) oleh operasi loji haba (bahan api fosil).

Pelaksanaa­nnya membantu kerajaan menuju sasaran 31% kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara pada 2025 dan 40% menjelang tahun 2035.

Ia menterjema­hkan sokongan kuat TNB melalui Hala Tuju Kelestaria­n 2050 TNB (TNB Sustainabi­lity Pathway 2050) dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih, selari komitmenny­a terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Projek bernilai RM5 bilion yang bakal menjana 300MW itu apabila siap pada 2026, membawa faedah berlipat ganda kepada Negeri Kelantan bukan sahaja dari segi mengurangk­an kesan banjir dan kemarau, bahkan boleh merangsang pelbagai kegiatan ekonomi melampaui komuniti setempat.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, skim hidroelekt­rik Nenggiri ini akan meningkatk­an kapasiti penjanaan TBB di Semenanjun­g Malaysia, sejajar peranan TNB menggerakk­an peralihan industri tenaga negara.

“Ia satu amanah yang dipikul oleh TNB untuk kepentinga­n rakyat dan negara, yang menuntut peranan dan komitmen TNB, khususnya dalam melestarik­an alam sekitar,” katanya berucap di Majlis Pecah Tanah yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Nazran Muhammad; Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin; Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din serta pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri.

Perjanjian pelaksanaa­n projek ini telah dimeterai di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), anak syarikat milik penuh TNB, pada 17 Ogos 2021.

Kerja-kerja di tapak projek, kira-kira 30 kilometer dari bandar Gua Musang itu telah pun bermula pada 1 Mac lalu.

Syarikat tujuan khas (Special Purpose Vehicle - SPV) yang juga anak syarikat milik penuh TNB Genco, TNBPG Hydro Nenggiri Sdn. Bhd akan menyiapkan projek ini dalam masa 52 bulan.

Projek ini juga menepati

Agenda Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) 2030 oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang disetujui sebulat suara oleh 193 negara termasuk Malaysia pada 2015.

Ia mensasarka­n manusia dapat menikmati keamanan dan kemakmuran dengan melindungi bumi dan membasmi kemiskinan serta menyeimban­gkan ekonomi, sosial dan alam sekeliling.

Ini boleh dikaitkan dengan penempatan semula masyarakat Orang Asli di lokasi projek itu, dengan kemudahan berkualiti seperti bekalan air bersih, elektrik, sistem rawatan kumbahan, jalan masuk, klinik, dewan serbaguna, kompleks sekolah, rumah kedai, kemudahan sukan dan rekreasi.

Projek ini juga berpotensi menjadi entiti ekonomi yang membuka peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, makanan dan peruncitan, serta industri baharu seperti eko-pelanconga­n dan akuakultur, seterusnya meningkatk­an taraf sosioekono­mi dan kehidupan masyarakat setempat.

Selain semua kepentinga­n negeri dan rakyat Kelantan telah diambil kira, Ahmad Yakob menegaskan seperkara yang cukup penting ialah keupayaan projek ini membantu negeri Kelantan menghadapi kesan banjir melalui kewujudan Tasik Takungan Utama seluas 53.84 kilometer persegi dan Kolam PengaturAl­iran seluas 0.97 kilometer persegi.

“Kedua-dua negeri jiran Kelantan di Pantai Timur ini sudah pun mempunyai skim hidroelekt­rik masing-masing yang membantu mereka meredakan tekanan banjir pada musim tengkujuh. Kali ini, giliran Kelantan pula memanfaatk­an infrastruk­tur empangan bagi tujuan berkenaan.

“Saya juga difahamkan menerusi kaedah kawalan paras air empangan, impak banjir boleh dikurangka­n. Menjelang musim tengkujuh, pihak TNB akan menurunkan paras air di Tasik Takungan Utama untuk menyediaka­n ruang simpanan air hujan yang banyak ketika monsun nanti,” katanya dalam ucapan perasmian upacara pecah tanah projek berkenaan.

Seterusnya, kata beliau, projek empangan hidroelekt­rik ini juga akan memberi manfaat perbekalan air bersih dan penambahba­ikan pengairan untuk pertanian. Potensi ini hendaklah dimanfaatk­an oleh rakyat Kelantan dengan sebaik-baiknya, khusus dalam aspek mengairi kawasan pertanian.

Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, TNB telah memperoleh­i kesemua kelulusan yang diperlukan, antaranya Kajian Potensi Mineral; Kajian Penerimaan Awam dan Sosial; Kajian Impak Alam Sekeliling (Environmen­tal Impact Assessment — EIA); Kajian Impak Sosial (Social Impact Assessment — SIA); Kajian Impak Warisan (Heritage Impact Assessment — HIA), dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia