Utusan Borneo (Sabah)

Anak yatim terima sumbangan, peralatan sekolah

-

PITAS: Seramai 87 anak yatim dari sekitar daerah ini menerima sumbangan serta peralatan sekolah daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Sumbangan disampaika­n oleh Isteri Yang DiPertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dataran Bengkoka kelmarin.

Terdahulu, Norlidah yang juga penasihat yayasan berkenaan menyampaik­an sumbangan kepada 396 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Masyarakat Pitas.

Para penerima sumbangan tersebut merupakan mangsa banjir dari enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Dewan Kusilad, Dewan SK Salimpodon, Dewan Kg. Kabatasan, Dewan SK Rukom, Dewan SK Pekan 2 dan Dewan

Kanibongan pada kejadian banjir Januari lalu.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains Dan Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pitas, Datuk Ruddy Awah, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap ADUN Bengkoka, Harun Durabi dan Pegawai Daerah Pitas, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul. — Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia