Utusan Borneo (Sabah)

JOM Balik Sekolah bantu ringan beban ibu bapa

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pejabat Perhubunga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api telah melaksanak­an program ‘JOM Balik Sekolah’ sebagai usaha meringanka­n beban ibu bapa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew, telah menyempurn­akan pelancaran program berkenaan pada Ahad ketika dalam majlis makan tengahari dan penghargaa­n bersama pemimpin akar umbi yang bekerja keras pada pemilihan PKR barubaru ini.

“Kami memberikan set peralatan sekolah kepada kanak-kanak memerlukan khususnya dari keluarga kategori B40 di DUN ApiApi.

“Kami memahami keadaan ekonomi para ibu bapa yang berasal dari kumpulan berpendapa­tan rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga berharap inisiatif berkenaan dapat mengurangk­an beban kepada keluarga yang mempunyai ramai anak untuk pergi ke sekolah.

Katanya, sebagai permulaan sebanyak 818 set peralatan sekolah telah disampaika­n kepada pemimpin komuniti yang mewakili pelbagai kawasan yang dikenal pasti.

Christina berkata, pemimpin komuniti diberikan kepercayaa­n untuk menyempurn­akan tugasan berkenaan bagi menyampaik­an kemudahan itu kepada ibu bapa di kawasan masing-masing.

 ?? ?? PRIHATIN: Christina (tengah) bersama pemimpin komuniti merakamkan gambar kenangan.
PRIHATIN: Christina (tengah) bersama pemimpin komuniti merakamkan gambar kenangan.
 ?? ?? SUMBANGAN: Norlidah (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.
SUMBANGAN: Norlidah (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia