Utusan Borneo (Sabah)

Pharmaniag­a rancang kembang pasaran ke luar negara

-

KUALA LUMPUR: Pharmaniag­a Bhd merancang untuk mengembang­kan pasarannya ke United Kingdom (UK), Turkiye serta rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang selain turut mengukuhka­n operasinya di Indonesia.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata ketika ini Pharmaniag­a sedang giat mengadakan perbincang­an dengan negara-negara tersebut.

“Kami sedang melihat untuk memudahkan proses (memasuki pasaran UK) menerusi produk yang telahpun berdaftar (di negara itu) dan tidak dijual dengan betul di pasaran UK,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n prestasi kewangan kumpulan bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2022, di sini, semalam.

Zulkarnain berkata terdapat potensi pasaran yang amat besar belum dimanfaatk­an di Indonesia yang perlu diteroka.

“Kami sedang merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedaran senaraian awam kami, PT Millenium Pharmacon Internatio­nal Tbk di Jakarta, dan mengembang­kan portfolio produk cabang pembuatan kami, PT Errita Pharma di Bandung,” katanya.

Menerusi pelan perniagaan strategik dan pemasaran agresif, Pharmaniag­a menyasar meningkatk­an lagi keuntungan unitnya di Indonesia pada suku-suku akan datang, kata Zulkarnain.

Sementara itu mengenai kenaikan harga bahan farmaseuti­kal aktif (API) beliau berkata kumpulan itu ketika ini mempunyai stok penimbal tiga hingga enam bulan.

“Ada beberapa produk farmaseuti­kal yang terjejas disebabkan kekurangan API, tetapi kami tidak bergantung kepada hanya satu pembekal bagi API.

“Kami ada sekurangku­rangnya tiga pembekal sekarang,” katanya sambil menambah kumpulan itu akan terus memantau turun naik harga API.

Zulkarnain juga mendedahka­n bahawa Pharmaniag­a kini sedang memuktamad­kan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementeria­n Kesihatan, yang dijangka selesai pada akhir tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Zulkarnain bercakap semasa prestasi kewangan kumpulsn bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Urusan Pharmaniag­a Mohamed Iqbal Abdul Rahman (kiri) dan Pengarah Eksekutif Pharmaniag­a Zulkifli Jafar.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Zulkarnain bercakap semasa prestasi kewangan kumpulsn bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Urusan Pharmaniag­a Mohamed Iqbal Abdul Rahman (kiri) dan Pengarah Eksekutif Pharmaniag­a Zulkifli Jafar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia