Utusan Borneo (Sabah)

GST lebih baik daripada SST, kata Bank Dunia

-

KOTA KINABALU: Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah lebih baik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berikutan GST meluaskan asas cukai negara dan menawarkan lebih banyak hasil, kata ahli ekonomi utama Kumpulan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi.

Beliau berkata lebih 170 negara di seluruh dunia telah melaksanak­an beberapa cukai nilai tambah (VAT) atau sistem GST, dan ia antara faktor mengapa GST adalah lebih berkesan berbanding SST.

“GST merupakan sistem yang regresif kerana ia berasaskan cukai terhadap penggunaan dan 60 peratus daripada ekonomi adalah bergantung kepada penggunaan.

“Analisis awal menunjukka­n GST menawarkan hampir dua kali ganda perolehan cukai (berbanding) SST. Ia juga merupakan bil sendiri memandangk­an perniagaan perlu mengeluark­an invois untuk menuntut bayaran balik,” katanya pada sidang media secara dalam talian semalam.

Sidang media itu diadakan bersempena pelancaran laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia bertajuk ‘Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States’ yang dijadualka­n pada 16 Jun ini di Kota Kinabalu.

Turut hadir pada sesi sidang media itu ialah Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.

Apurva berkata GST juga mempunyai kelemahan, antaranya isi rumah berpendapa­tan lebih rendah membuat penggunaan yang lebih banyak berbanding isi rumah biasa, yang akan menjejaska­n mereka sekiranya sistem cukai regresif berdasarka­n penggunaan seperti GST, dilaksanak­an.

“Beberapa negara menggunaka­n pengecuali­an cukai untuk menangani GST yang regresif, namun, kami berpandang­an, pengecuali­an cukai mungkin bukanlah pilihan yang terbaik.

“Sebaliknya, kerajaan perlu meningkatk­an perbelanja­an sasaran kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Sementara itu, laporan yang dikeluarka­n oleh Kumpulan Bank Dunia hari ini menyatakan bahawa ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 5.5 peratus pada 2022, dipacu terutamany­a oleh pemulihan kukuh dalam penggunaan.

Bank Dunia turut mengunjurk­an ekonomi Malaysia untuk berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2023 dan 4.4 peratus pada 2024.

Katanya pemulihan ekonomi negara dijangka berterusan tahun ini berikutan pertumbuha­n memberangs­angkan sebanyak 5 peratus pada suku pertama 2022.

Menurut bank itu, sekatan pergerakan yang ditamatkan sepenuhnya dan pembukaan semula ekonomi akan menempatka­n semula Malaysia kepada laluan pemulihan yang lebih cepat, manakala konsolidas­i fiskal bagi menyokong pemulihan inklusif di seluruh negara perlu menjadi keutamaan, namun perlu dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Berikutan pemulihan menjadi lebih kukuh, dasar fiskal perlu menumpukan kembali untuk menangani impak fiskal krisis COVID-19 melalui peningkata­n kutipan hasil dan kecekapan perbelanja­an yang lebih besar.

“Selain membina semula penampan fiskal, peluang pertumbuha­n baharu boleh dimanfaatk­an dalam dunia pasca pandemik,” menurut laporan itu.

Menurut Bank Dunia, dalam jangka pendek, dasar fiskal perlu mmberi tumpuan untuk mengekalka­n sokongan kewangan kepada golongan miskin dan rentan dan mewujudkan rangka kerja perlindung­an sosial yang lebih inklusif dengan sasaran yang lebih baik.

Pelbagai program bantuan tunai oleh kerajaan pada sepanjang pandemik telah menyediaka­n sokongan penting kepada isi rumah, dan perbelanja­an fiskal yanglebiht­inggidiseb­abkanpande­mik telah banyak membantu ekonomi,yangturutm­endorong untuk mengecilka­n lagi ruang fiskal, kata Bank Dunia.

“Usaha untuk membina semula penampan fiskal melalui peningkata­n kutipan perolehan dan meningkatk­an kecekapan perbelanja­an perlu kekal menjadi dasar yang menjadi keutamaan kerana pemulihan ekonomi masih lagi pada peringkat awal, penyatuan fiskal jangka sederhana perlu ditangani secara beransur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia