Utusan Borneo (Sabah)

Konsulat Jeneral Indonesia timbang buka pejabat perhubunga­n di Labuan

-

LABUAN: Pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah pejabat perhubunga­n di sini bagi membantu proses dokumentas­i perjalanan lebih 2,000 pekerja warga Indonesia.

Konsulat Jeneral Rafail Walangitan bagaimanap­un berkata penubuhan pejabat bagi membantu proses dokumentas­i perjalanan seperti pasport, permit untuk berada di negara ini atau permit kerja itu, bergantung kepada sejauh mana keperluan penubuhan segera benar-benar mendesak.

“Sekiranya pejabat perhubunga­n itu tidak dapat dibangunka­n, kami boleh hantar satu pasukan ke pulau ini untuk membantu proses dokumentas­i berkenaan bagi migran kami di sini,” katanya kepada Bernama selepas melakukan kunjungan hormat ke atas pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Labuan Mohd Hafiez Mohd Daud di sini semalam.

Menurutnya ketika ini pejabat Konsulat Jeneral Indonesia Kota Kinabalu akan membantu menyegerak­an proses dokumentas­i perjalanan bagi warga Indonesia di Labuan yang pergi ke Kota Kinabalu bagi urusan berkaitan pembaharua­n pasport dan dokumentas­i yang berkaitan.

“Proses (pembaharua­n pasport) biasanya akan mengambil masa tiga hari, dan kami boleh pertimbang­kan urusan imigresen di Labuan sebagai sebagai kes khas, dan memastikan tempoh proses dokumentas­i yang lebih singkat,” katanya.

Rafail berada di sini bagi mengetuai delegasi pejabat konsulat jeneral Indonesia Kota Kinabalu untuk lawatan kerja dua hari, dan antara fasiliti yang dilawati di sini adalah Pusat Koreksiona­l Labuan, pejabat Jabatan Tenaga Kerja serta pejabat Majlis Keselamata­n Negara Wilayah Persekutua­n Labuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia