Utusan Borneo (Sabah)

2,605,982 penduduk sudah terima vaksin dos 1

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 11 Jun 2022 adalah seramai 2,605,982 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia meliputi 2,136,912 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 78.66 peratus jumlah penduduk dewasa.

“Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,495,047 orang.

“Daripada jumlah ini, seramai 2,093,721 orang adalah penduduk dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, seramai 336,278 orang atau 78.90 peratus penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin. Manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 320,660 atau 75.24 peratus orang setakat ini.

Katanya, bagi penduduk kanak-kanak pula, seramai 132,792 atau 32.28 peratus orang telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk kanak-kanak yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 80,666 atau 19.61 peratus orang.

Dalam pada itu katanya, bilangan pesakit COVID-19 sembuh pada 12 Jun 2022 ialah 32 orang.

“Manakala 169 pesakit sedang menerima rawatan, bilangan pesakit yang memerlukan

penjagaan kritikal ialah tiga orang di Unit Rawatan Rapi dan seorang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia