Utusan Borneo (Sabah)

KBCSA terima sumbangan jayakan program amal

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyumbang­kan 250 pek beras kepada Kinabalu Breast Cancer Support Associatio­n (KBCSA).

Sumbangan dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap Program Pemeriksaa­n Kanser Payudara anjuran bersama Kinabalu Pink Ribbon

dan Hospital Queen Elizabeth II yang akan diadakan di Pusat Kraftangan Sabah.

Pengerusi Pink Ribbon Keningau Yvonne Dumpangol berkata, sumbangan tersebut akan diagih-agihkan kepada pengunjung yang hadir menjayakan dan mengambil bahagian dalam program itu.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP)

Keningau, Lectus Fung mewakili Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan menyerahka­n sumbangan tersebut kepada penganjur.

Yvonne turut menzahirka­n ucapan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan berharap program diadakan itu dapat memberi impak terhadap orang ramai tentang kepentinga­n pemeriksaa­n kesihatan.

 ?? ?? JAYAKAN: Yvonne (tiga kanan) dan rombongan menunjukka­n isyarat ‘bagus’ selepas menerima sumbangan Dr Jeffrey yang disampaika­n oleh Lectus (tiga kiri).*
JAYAKAN: Yvonne (tiga kanan) dan rombongan menunjukka­n isyarat ‘bagus’ selepas menerima sumbangan Dr Jeffrey yang disampaika­n oleh Lectus (tiga kiri).*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia