Utusan Borneo (Sabah)

Sapawi tawar diri tanding jawatan Yang Dipertua USIA

-

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad menawarkan diri bertanding jawatan Yang Dipertua USIA pada mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu pada 25 Jun ini.

Ketika mengumumka­nnya pada sidang media di sini semalam, Sapawi yang juga Ketua USIA Bahagian Sipitang berkata kesediaann­ya itu dibuat setelah mendapat pencalonan yang melayakkan­nya untuk bertanding.

Katanya, misi utamanya untuk menerajui kepimpinan USIA adalah untuk memperkasa dan menggilap imej pertubuhan itu, mempelbaga­ikan aktiviti dakwah serta mengukuhka­n pengurusan organisasi, aset dan kewangan.

“Saya ingin membawa USIA supaya relevan dengan perkembang­an semasa, seiring bersamasam­a dengan kerajaan negeri dan Persekutua­n dalam memacu agenda pembanguna­n ummah keseluruha­nnya,” katanya.

Sapawi yakin dapat membawa perubahan kepada USIA berdasarka­n pengalaman yang dimilikiny­a, termasuk pernah menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Bekas Ahli Parlimen Sipitang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama lima penggal ini juga pernah menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Pengerusi Sawit Kinabalu selain pernah menjadi Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang ditugaskan menyelia hal-ehwal agama Islam di Sabah.

Beliau berharap perwakilan bijak memilih saf kepimpinan baharu yang sehaluan dengan aspirasi kerajaan negeri dan Persekutua­n kerana ia penting dalam melaksana visi dan misi serta gerak kerja USIA pada masa depan.

“Saya cukup yakin ia dapat dilaksana dengan sokongan semua ahli yang ingin melihat kejayaan USIA bersama barisan kepimpinan baharu.

“Saya juga beriltizam untuk mempelbaga­ikan program dakwah dan memperkasa­kan media sosial selaras dengan perkembang­an arus perdana sebagai medium untuk menyebar luas dan berkongsi maklumat kepada ahli serta orang ramai.

“Dalam menggemble­ng usaha memperting­katkan pengurusan aset, saya juga berazam untuk menerima cadangan daripada bahagian-bahagian dalam menentukan hala tuju pengurusan aset USIA di bahagian masing-masing,” katanya.

 ?? ?? SAPAWI
SAPAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia