Utusan Borneo (Sabah)

2022 LONJAKAN PERUBAHAN MINDA

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jentera perkhidmat­an awam kerajaan negeri perlu menjadikan 2022 sebagai titik permulaan terkini dalam lonjakan perubahan minda (mindset).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mahu perkhidmat­an awam negeri melonjakka­n perubahan cara proses kerja, komunikasi berkualiti dan lebih bermotivas­i untuk menaikkan imej kerajaan negeri.

Katanya, perkhidmat­an awam juga perlu tampil dengan idea-idea lebih bernas dan berani, agresif membuat penambahba­ikan demi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat kerajaan Sabah yang memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan negeri yang mesra pelabur bagi menarik pelaburan asing untuk datang ke negeri ini.

“Kita mahu membawa lebih banyak pelabur datang dan memastikan urusan pelaburan itu dipermudah­kan, sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam juga perlu dipertingk­atkan.

“Langkah itu akan mendorong keyakinan komuniti pelabur antarabang­sa terhadap prospek pertumbuha­n, sekali gus dapat meningkatk­an kemajuan ekonomi negeri,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (ISAS) 2021 dan melancarka­n buku panduan Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu di sini semalam.

Dalam pada itu, pihaknya turut berharap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutua­n dapat berbincang secara aktif dan membuat kolaborati­f strategik bagi menjadikan 2022 sebagai lonjakan perubahan di negeri ini.

“Sabah mesti setanding atau menjadi contoh teladan yang positif kepada perkhidmat­an awam negeri lain. Semua ketua jabatan negeri atau Persekutua­n mesti menjadi contoh utama dalam perubahan minda anggota perkhidmat­an awam.

“Ketua jabatan memainkan peranan yang amat signifikan dalam menerajui Hala Tuju Inovasi Agensi yang diterajui,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda utama dalam memperkasa­kan sektor awam Sabah.

Katanya, perkhidmat­an awam adalah tunjang pembanguna­n negeri dan menjadi penggerak utama dalam inti pati pelan pembanguna­n Hala Tuju SMJ 2021-2025 melalui modal insan dan kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, pelaksanaa­n program iSAS 2021 membudayak­an inovasi iaitu menggunaka­n

 ?? ?? ANUGERAH: Hajiji menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Menteri kepada wakil Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) 2021.
ANUGERAH: Hajiji menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Menteri kepada wakil Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia