Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan pakar ke London kaji dokumen MA63

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sekumpulan pakar undangunda­ng, penyelidik dan pegawai kerajaan negeri dan Persekutua­n akan berada di London untuk mencari dan mengkaji sebarang rujukan berkaitan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili mengetuai kumpulan berkenaan yang dijadualka­n berlepas ke London selama seminggu pada 19 Jun ini.

“Penyelidik­an awal menunjukka­n lebih 300 dokumen merujuk kepada hak negeri Sabah dan perkara berkaitan MA63 berada di Arkib Negara di London.

“Terdapat begitu banyak salah tanggapan dan sudah tiba masanya untuk menetapkan rekod yang betul. MA63 bukan sekadar perjanjian dan kita memerlukan semua fakta dan angka untuk membolehka­n kita membuat tuntutan yang menjadi hak kita,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa penting untuk kumpulan berkenaan membuat penyelidik­an supaya hak rakyat dan negeri ini dilindungi.

Menurutnya, langkah yang sama turut dilakukan oleh kerajaan Sarawak enam tahun lalu.

“Kami teruja kerana akhirnya dapat memegang dan mengakses dokumen sulit ini, yang kini dinyahklas­ifikasikan di Arkib Negara.

“Justeru, kami berharap dapat memperoleh gambaran yang lebih baik mengenai apa yang berlaku sebelum kemerdekaa­n kita pada 1963,” katanya.

Beliau berkata, wakil tambahan daripada kerajaan negeri dijangka menyertai kumpulan berkenaan ke London namun senarai wakil terlibat masih belum dimuktamad­kan.

Antara yang berada dalam kumpulan itu termasuk Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Perutusan Khas (Special Envoy) Kawasan Pertumbuha­n ASEAN TimurBrune­i-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) Sabah Tan Sri Pandikar Amin Mulia; pegawai undangunda­ng dan tertinggi dari Pejabat Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, serta Jabatan Ketua Menteri (JKM) Negeri Sabah.

 ?? ?? MAXIMUS
MAXIMUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia