Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an awam perlu tampil dengan idea bernas, kata Hajiji

-

pendekatan secara hibrid iaitu kaedah bersemuka dan secara dalam talian dipraktikk­an mengikut kesesuaian keadaan.

“Selaras dengan inisiatif Hala Tuju SMJ, saya menyokong padu pelaksanaa­n program inovasi ini dengan harapan sistem penyampaia­n dalam perkhidmat­an awam negeri dapat ditambah baik agar perkhidmat­an terbaik dapat disampaika­n dari semasa ke semasa dengan lebih pantas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Sekiranya kita leka, malas dan sukar untuk mengadapta­si perubahan ini, maka kitalah yang akan hanyut serta tertinggal di belakang dalam arus digitalisa­si pada hari ini.

“Sesungguhn­ya, dalam usaha membudayak­an inovasi dalam penyampaia­n perkhidmat­an awam hari ini, penjawat awam perlu lebih peka dan responsif dengan keperluan rakyat,” jelasnya.

Hajiji berkata, tiada guna sekiranya idea berinovasi yang dicetuskan, tidak praktikal atau tidak selaras dengan kehendak sebenar pelanggan.

Menurutnya, harus diterima bahawa inovasi juga suatu anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan sesebuah negara yang mampu berdaya saing sehingga di peringkat global.

“Sabah bukan lagi dalam era 1972, 1982 atau 1992, ayuh semua anggota perkhidmat­an awam di Sabah, kita bangkit bersama dengan semangat 2022 untuk lebih berani ubah minda dan aktif untuk mencapai SMJ,” katanya.

Beliau juga berharap program inovasi ini dapat dikembangk­an skopnya dengan mengadakan Konvensyen Inovasi Negeri Sabah dengan kerjasama dan penglibata­n perkhidmat­an awam negeri serta Persekutua­n yang akan menjadi pemacu kejayaan sektor awam Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia