Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia tahan bot nelayan Vietnam kaut tiga tan hasil laut negara

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing semasa pelaksanaa­n penugasan Op Kuda Laut di perairan Kudat, di sini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne, berkata bot nelayan Vietnam yang ditahan di kedudukan 118 batu nautika Barat Laut Tanjung Simpang Mengayau itu dipercayai berperanan sebagai kapal induk atau ‘mother ship’ dalam penangkapa­n sotong di perairan negara.

“Semasa ditahan kirakira jam 12 tengah hari, bot nelayan asing terbabit bertindak agresif dengan melanggar dan merempuh KM Arau sehingga berlakunya kerosakan pada bot nelayan asing itu.

“Rempuhan juga menyebabka­n kerosakan kecil pada KM Arau, bagaimanap­un usaha penahanan berjaya dilakukan hasil tindakan cemerlang pasukan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n mendapati bot nelayan itu dikendalik­an 41 kru warga Vietnam termasuk tekong berumur lingkungan 18 hingga 58 tahun.

“Pemeriksaa­n dokumentas­i juga mendapati bot nelayan asing terbabit beroperasi di perairan negara secara haram selepas gagal mengemukak­an sebarang dokumentas­i berkaitan.

“Pasukan serbuan turut menemukan tiga tan hasil laut dalam pemeriksaa­n lanjut terhadap bot nelayan berkenaan,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendedahka­n bot ini beroperasi dengan melepaskan sampansamp­an kecil bagi menangkap sotong sebelum hasilnya dikumpulka­n pada kapal induk tersebut.

“Bot nelayan asing ini juga dipercayai sebagai bot induk berdasarka­n bilangan kru, saiz bot serta muatan yang dibawa bagaimanap­un siasatan lanjut akan dilakukan bagi tujuan pengesahan.

“Kesemua kru, bot serta hasil laut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n mencecah RM1.5 juta.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit yang sah.

“Kawalan di perairan negara akan terus diperketat­kan oleh Maritim Malaysia dalam usaha membantera­s segala kegiatan jenayah rentas sempadan di lautan bagi memastikan kesejahter­aan maritim di negara ini terus terpelihar­a.

“Sebarang aduan kecemasan dan maklumat jenayah di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088- 611858 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Bot nelayan Vietnam yang ditahan oleh KM Arau di perairan Kudat di sini.
RAMPAS: Bot nelayan Vietnam yang ditahan oleh KM Arau di perairan Kudat di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia