Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut dihempap jentera ‘forklift’

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap jentera ‘forklift’ yang dikendalin­ya sendiri di sebuah pelabuhan di Jalan Karamuntin­g, di sini awal pagi semalam.

Kejadian berlaku dipercayai ketika mangsa yang berumur 60 tahun itu sedang mengendali­kan jentera untuk mengangkat mesin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.46 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang lelaki telah dihempap jentera forklift yang terbalik dipercayai dikendalik­an sendiri oleh mangsa.

“Pasukan bomba segera menjalanka­n operasi mengeluark­an mangsa menggunaka­n jentera forklift kilang,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital untuk proses bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
MAUT: Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia