Utusan Borneo (Sabah)

KOPEKS adakan kunjungan terhadap Pengarah SKM Sabah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi PekerjaPek­erja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) baharu dan pengurusan KOPEKS yang diketuai Jaibit Jaudin telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Matias Kundapin, semalam.

Dalam kunjungan itu, Jaibit memaklumka­n mengenai kedudukan perniagaan serta peranan berterusan KOPEKS dalam menjaga kebajikan anggota penjawat awam di Negeri Sabah sejak ia ditubuhkan pada tahun 1963.

Katanya, tahun hadapan KOPEKS akan menyambut ulang tahun ke-60 dan koperasi itu sedang merancang untuk melancarka­n dua lagi produk khidmat masyarakat bagi meningkatk­an ekonomi dan menstabilk­an pengurusan kewangan anggota serta penjawat awam di Sabah.

Dalam kunjungan itu juga, Matias turut mengucapka­n tahniah kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi KOPEKS yang baharu.

Beliau turut menzahirka­n harapan kepada KOPEKS agar terus cemerlang dalam memacu kegemilang­annya dalam gerakan koperasi di Sabah, selain memperting­katkan dan memantapka­n lagi tadbir urus koperasi dalam pascaendem­ik.

Tambah Matias, SKM Sabah akan terus memberikan pelbagai bentuk sokongan kewangan dan khidmat nasihat kepada gerakan koperasi bagi memastikan koperasi mampu mencapai matlamat penubuhan masing-masing.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KOPEKS, Buvil Angkui; Setiausaha KOPEKS, Abdul Ghafor Awang Yaacob; tiga Anggota Lembaga Koperasi (ALK) KOPEKS, Mohd Noor Juan; Haji Saat Haji Ag. Damit dan Haji Sulaiman Awang; pengurusan KOPEKS, Abdul Jalil Awang Ya’acob dan Yusrina Rantian serta dua Pegawai SKM Negeri Sabah, Hj Awang Ruslli Mohammad dan Pelatoman Suria.

 ?? ?? ALBUM: Jaibit (lima kiri) bersama Hj Saat (kiri); Abdul Ghafor (dua kiri); Hj Sulaiman (tiga kiri); Buvil (empat kiri); Mohd Noor (tiga kanan); Abdul Jalil (dua kanan) dan Yusrina (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Matias (tengah); Hj Awang (lima kanan) dan Pelatoman Suria (empat kanan) sempena kunjungan itu.
ALBUM: Jaibit (lima kiri) bersama Hj Saat (kiri); Abdul Ghafor (dua kiri); Hj Sulaiman (tiga kiri); Buvil (empat kiri); Mohd Noor (tiga kanan); Abdul Jalil (dua kanan) dan Yusrina (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Matias (tengah); Hj Awang (lima kanan) dan Pelatoman Suria (empat kanan) sempena kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia