Utusan Borneo (Sabah)

Punca gangguan bekalan air di Keningau dikenal pasti

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, bersamasam­a mempengeru­sikan Mesyuarat Krisis Bekalan Air Keningau, baru-baru ini.

Robert berkata, perbincang­an itu menumpukan terhadap usaha mengatasi masalah gangguan bekalan air dalam jangka masa pendek dan panjang, bagi memastikan kawasan sering terjejas dapat diatasi sebaiknya.

“Seperti diketahui bahawa berlakunya gangguan bekalan air terawat di Daerah Keningau, di mana kawasan yang terjejas teruk ialah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid dan Sook diikuti kawasan DUN Liawan dan seterusnya DUN Bingkor.

“Kekangan ini berlaku disebabkan kerosakan pam air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Bunsit, rangkaian paip yang jauh dan berbukit, penggunaan pam air selepas meter dan gangguan kekeruhan air sungai kerap berlaku,” katanya.

Justeru, Robert yang juga ADUN Bingkor memberitah­u satu penyelesai­an jangka pendek telah dilaksanak­an seperti penghantar­an air, pembaikan pam, meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air secara maksimum, catuan, kawalan agihan, pembukaan kawasan agihan rangkaian paip serta pemeriksaa­n dan pembaikan paip bocor dalam masa kurang daripada dua jam.

Bagi menyelesai­kan masalah itu untuk jangka masa panjang, pembaikan pam dan pembelian pam baharu merupakan pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasankaw­asan terjejas.

Tambah Robert, beliau dan Annuar akan terus mengusahak­an semampu yang boleh demi rakyat bagi menangani situasi berkenaan.

 ?? ?? BINCANG: Robert (duduk, lima kiri) sedang berkata sesuatu dalam mesyuarat yang diadakan yang turut dihadiri oleh Annuar (duduk, tiga kanan).
BINCANG: Robert (duduk, lima kiri) sedang berkata sesuatu dalam mesyuarat yang diadakan yang turut dihadiri oleh Annuar (duduk, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia