Utusan Borneo (Sabah)

RedONE komited sediakan rangkaian stabil dan konsisten di Sabah

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KOTA KINABALU: redONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di ASEAN terus menyediaka­n pelanggan sedia ada dan baharu pengalaman rangkaian yang stabil dan konsisten bersama perkhidmat­an pelanggan yang lebih baik di Sabah.

Sehubungan itu, untuk tahun ini, redONE berhasrat untuk meningkatk­an kesedaran jenamanya sambil meningkatk­an mata jualan melalui pengedar pascabayar dan prabayar dalam memenuhi pasaran 3.2 juta pengguna dalam populasi 3.8 juta di Negeri di Bawah Bayu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, melalui inisiatif untuk menambah baik liputan 4G oleh pembekal rangkaian utamanya, redONE menjangkak­an mempunyai 85% liputan 4G di negeri Sabah menjelang akhir tahun 2022.

“Dengan mengharapk­an untuk menikmati liputan dan kestabilan rangkaian yang lebih baik sambil mengekalka­n komitmen pelan mampu miliknya dari serendah RM8 sebulan, redONE nampak potensi besar di Sabah.

“Kami menyedari kekuatan kami di kawasan pinggir bandar di Pantai Timur dan sebahagian besar pangkalan pelanggan kami kini dari Kelantan, Terengganu, dan Pahang di mana liputan rangkaian kami kukuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, redONE turut mencatat peningkata­n permintaan dan peningkata­n kualiti telekomuni­kasi di Sabah dan Sarawak .

“Kami menjangkak­an peratusan yang besar dalam pendapatan dan pertumbuha­n pelanggan syarikat kami tahun ini akan berasal dari Sabah, iaitu pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf kepada pelan tanpa had kami dan pelanggan baharu yang ingin mencuba perkhidmat­an mampu milik kami,” katanya.

redONE berharap untuk mendapatka­n kesedaran jenama yang lebih besar dalam kalangan penduduk Sabah yang telah meningkatk­an penggunaan internet mudah alih dengan pesat sejak pandemik bermula.

Selain itu, sebahagian daripada komitmenny­a untuk menyokong sukan tempatan, redONE telah menjadi penaja utama Kelab Bola Sepak Sabah (SFC), The Rhinos.

Pada masa sama, dengan pelanncara­n pelan pascabayar SFC50, redONE menawarkan internet tanpa had dan panggilan tanpa had kepada pelanggann­ya.

Istimewany­a pelanggan juga akan menerima jersi SFC PERCUMA dengan hanya RM50 sebulan.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih pek permulaan redONE Prabayar BeyondLite yang menawarkan panggilan tanpa had kepada pengguna Prabayar redONE, kredit percuma RM30 dan tempoh sah 30 hari dengan hanya RM10. Pengguna prabayar juga berhak menerima jersi SFC percuma apabila mereka menambah nilai kredit RM50.

Satu lagi usaha besar di Sabah ialah kerjasama dengan Yunus Property Consultant Sdn Bhd dalam projek “Telecommun­ication Smart Pole And Future Technology” di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Kerajaan Negeri.

Perkongsia­n ini akan membantu perusahaan kecil dan sederhana tempatan terutamany­a dengan menyediaka­n platform untuk memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka pada harga yang berpatutan.

Pada masa yang sama, redONE merancang untuk menambah bilangan rakan niaga jualan runcit dan penasihat jualan individu di Sabah pada 2022 bagi mencapai sasaran jualan RM600 juta di seluruh negara bagi tahun ini.

Selain itu, syarikat itu juga telah secara aktif merekrut lebih ramai kakitangan perkhidmat­an pelanggan untuk membantu pengekalan pelanggan di seluruh negara.

 ?? ?? FARID
FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia