Utusan Borneo (Sabah)

Cecilia rasmi Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Isteri Timbalan Ketua Menteri, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan diberikan penghormat­an merasmikan Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara yang diadakan baru-baru ini.

Seramai 270 peserta menghadiri ceramah sehari itu yang diadakan di Dewan Pusat Kraftangan Sabah Keningau anjuran Pink Ribbon Wellness (L) Foundation dengan Kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kinabalu Pink Ribbon.

Penceramah terdiri daripada Penaung Pink Ribbon Wellness (L) Foundation, Puan Seri Maniseh Adam; Perunding Pakar Bedah Payudara yang juga Pengasas dan Pengerusi Pink Ribbon Wellness (l) Foundation Datuk Dr M Devanand; Ahli Majlis Pink Ribbon, Datin Mawanchik Che Jais; Pengurus Projek Samantha Por dan Laura Pua selaku Ahli Jawatankua­sa Pink Ribbon.

Pada majlis itu, Datin Seri Cecilia yang juga Yang DiPertua II Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS-BN) turut menyampaik­an sumbangan ‘Program Bantuan Pesakit’ kepada program itu.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau turut menyampaik­an sumbangan sebanyak 250 kampit beras sebagai sokongan kepada program itu.

Ia kemudian dibahagi-bahagikan kepada peserta yang hadir sebagai penghargaa­n terhadap program yang diadakan itu.

 ?? ?? ALBUM: Cecilia (depan tengah) bersama para penceramah dan peserta yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena program itu.
ALBUM: Cecilia (depan tengah) bersama para penceramah dan peserta yang hadir merakamkan gambar kenangan sempena program itu.
 ?? ?? BANTUAN: Cecilia (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Pengerusi Penganjur dan penceramah semasa menyerahka­n sumbangan ‘Program Bantuan Pesakit’ kepada program itu.
BANTUAN: Cecilia (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Pengerusi Penganjur dan penceramah semasa menyerahka­n sumbangan ‘Program Bantuan Pesakit’ kepada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia