Utusan Borneo (Sabah)

Curi sarang burung walit, lelaki warga asing ditahan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas didapati mencuri dan memecah masuk rumah sarang burung walit, di Kampung Sungai Imam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan suspek yang memecah masuk rumah sarang burung walit berkenaan.

Katanya, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan polis mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an berada di kawasan rumah sarang burung tersebut.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dari kepungan, namun berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut, menemukan plastik hitam bersama suspek dipercayai mengandung­i satu karung sarang burung walit.

“Turut dirampas sebatang aluminium yang telah diubah suai menjadi mata pisau dan besi cangkuk dipercayai alat untuk mengambil sarang burung berkenaan,” katanya.

Jasmin berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ?? ?? PADAH: Suspek (tengah) ditahan selepas mencuri sarang burung walit di lokasi kejadian.
PADAH: Suspek (tengah) ditahan selepas mencuri sarang burung walit di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia