Utusan Borneo (Sabah)

AIM sedia bantu Sahabat AIM perlukan dana

-

KOTA MARUDU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon Utara meliputi lima daerah, iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Matunggong, Kudat dan Pitas kini memiliki jumlah peminjam atau Sahabat AIM seramai 14,494 orang.

Penolong Pengurus Wilayah AIM Sabah, Nasri Datu Basren, berkata sehingga April 2022, sebanyak RM22,894,000 daripada RM51 juta yang diperuntuk­kan sudah pun diagihkan kepada Sahabat AIM.

Menurutnya, sebanyak RM4,028,300 daripada jumlah bajet RM9,790,000 diagihkan kepada 2,898 Sahabat AIM di Kota Marudu sehingga April lepas.

Nasri berkata AIM sedia membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dana untuk menjalanka­n perusahaan dan perniagaan masing-masing.

Justeru, mereka yang sudah memperoleh­i dana modal berkenaan hendaklah menggunaka­nnya mengikut cara yang betul dan dinasihatk­an membuat pembayaran balik seperti mana yang disyaratka­n agar ‘Sahabat’ lain berpeluang memperoleh­i modal pinjaman.

Nasri berkata demikian pada Majlis Sambutan Perayaan Aidilfitri 2022 Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Tanjung Batu, di Ruang Ligar Rumah Ketua Pusat AIM/Ketua Blok, Puan Sharifah Zaitun Sharif Jalil di Kampung Taritipan dekat sini barubaru ini.

Hadir sama Pengurus Cawangan AIM Kota Marudu Abdul Karie Masri, Tenaga Pengajar Mohd Fiza Salleh, Ketua Blok Shariffah Zaitun Sarif Jalil, Ketua PLS Sobilun Gugas dan warga kerja AIM Kota Marudu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia