Utusan Borneo (Sabah)

Resort taman tema bakal dibina di Sabah

Sebuah syarikat dari Singapura berhasrat tambah pelaburan dalam sektor pelanconga­n

- Oleh Yap Siong Han

KOTAK INA BALU: Sebuah syarikat dari Singapura berhasrat untuk menambah pelaburan dalam sektor pelanconga­n di Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, syarikat terbabit bercadang untuk membangunk­an sebuah resort dilengkapi dengan kemudahan hotel bertaraf lima bintang dan juga taman tema.

Bagaimanap­un katanya, kementeria­n akan meneliti terlebih dahulu cadangan untuk membangunk­an resort, memandangk­an syarikat terbabit memilih kawasan yang berada di bawah pengurusan Taman-Taman Sabah (TTS).

“Namun, kita perlu melihat perkara ini terlebih dahulu termasuk melihat bagaimana pendekatan terbaik dalam membawa pelaburan ke tempat berkenaan kerana ia adalah kawasan taman yang dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Jafry telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif GSH Corporatio­n Datuk Sam Goi ketika berada di Singapura.

Dalam perkembang­an berkaitan, hasrat untuk membangunk­an taman tema pertama di Sabah turut dibincangk­an.

Jafry berkata, industri taman tema semakin meningkat dan dengan adanya pelabur luar yang mahu membangunk­an kemudahan itu, beliau berharap di masa akan datang Sabah akan mempunyai taman tema setanding dengan Desaru Coast dan Legoland Malaysia.

Beliau berharap, cadangan itu akan mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada kerajaan negeri.

“Ini adalah satu ruang dan peluang untuk Sabah kerana ia bukan sahaja mampu membawa lebih ramai pelancong tetapi juga akan membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus merancakka­n lagi ekonomi negeri,” katanya.

 ?? ?? BINCANG: Jafry (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain ketika dalam pertemuan itu.
BINCANG: Jafry (enam kiri) bersama tetamu kehormat lain ketika dalam pertemuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia