Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu pacuan empat roda parah, kereta bertembung lori tangki

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan lori tangki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridhwan Taib berkata kejadian jam 10.54 pagi itu berlaku di Jalan Ranau menghala ke Sabah Tea di sini.

“Selepas kemalangan berlaku, tiga mangsa berjaya keluar dari kenderaan pacuan empat roda sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Pasukan bomba kemudianny­a memberikan rawatan awal kepada mangsa termasuk pemandu yang mengalami kecederaan parah manakala dua lagi penumpang hanya mengalami kecederaan ringan sebelum menghantar mangsa ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS),” katanya.

Beliau berkata operasi ditamatkan jam 11.36 pagi.

 ?? ?? PARAH: Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa selepas pertembung­an dua kenderaan di Jalan Ranau di sini.
PARAH: Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa selepas pertembung­an dua kenderaan di Jalan Ranau di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia