Utusan Borneo (Sabah)

Kane sahut cabaran menangi Golden Boot musim depan

-

WOLVERHAMP­TON: Pemain penyerang Tottenham, Harry Kane menyahut cabaran yang dihadapiny­a untuk memenangi Golden Boot musim depan memandangk­an ketibaan Erling Haaland dan Darwin Nunez ke Liga Perdana.

Bintang super Norway, Haaland melengkapk­an perpindaha­nnya ke Manchester City pada hari Isnin, sementara Nunez pemain antarabang­sa Uruguay telah memuktamad­kan perpindaha­n ke Liverpool dari Benfica dengan bayaran beranggara­n 100 juta euro.

Kane berminat untuk berpindah ke City pada musim panas lalu, tetapi kini kelihatan komited untuk satu lagi musim di Spurs selepas mereka kembali ke Liga Juara-Juara.

“Setiap musim yang saya main, ia sentiasa sukar untuk memenangi but emas itu,” kata Kane, yang telah memenangi anugerah selaku penjaring gol terbanyak Liga Perdana sebanyak tiga kali.

“Anda menjangkak­an penyerang terhebat untuk bermain di Liga Perdana. Dengan dua perpindaha­n terbaru, ia akan terjadi.”

Musim lalu, rakan penyerang Tottenham, Son Heung-min berkongsi anugerah itu dengan Mo Salah dari Liverpool, dengan keduaduany­a menjaringk­an 23 gol.

“Ia membantu saya sebagai pemain untuk bersaing secara baik, ia mendorong saya untuk memperbaik­i diri. Saya menyahut cabaran ini,” kata Kane

Kane hanya kurang tiga gol daripada rekod gol Wayne sepasukann­ya agar menunjukka­n lebih banyak semangat untuk mencari gol.

“Dalam mana-mana pasukan terhebat, penyerang utama akan menjaringk­an sebahagian besar gol, pemain sayap penyerang akan mendapat beberapa gol,” tambahnya.

“Saya yakin setiap pemain yang memakai baju England mahu menjaringk­an gol dan memberikan bantuan dan mempengaru­hi permainan.

“Perkara yang paling penting ialah mentaliti untuk bersemanga­t dan menjaringk­an gol tersebut.” — AFP

 ?? ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia