Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Liga Super Ranau berjalan lancar

-

RANAU: Kejohanan Liga Super Ranau 2022 kini berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi penganjur, Azuan Jamaluddin berkata kejohanan bermula sejak 21 Mei lepas di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) dan dijangka berakhir awal tahun 2023.

Beliau berkata kejohanan yang diadakan setiap hujung minggu atau hari kelepasan am itu, melibatkan­16 pasukan, untuk memilih lapan pasukan terbaik dalam Carta Liga yang layak ke Kejohanan Liga Super daerah Ranau, tahun depan.

“Kita mengharapk­an menerusi kejohanan liga super daerah Ranau ini dapat mencungkil bakat dan melahirkan pemain berpotensi untuk diserapkan sebagai pemain pasukan Ranau mewakili daerah ke kejohanan lebih mencabar pada masa akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap pemain setiap pasukan dapat menonjol dan mengamalka­n semangat kesukanan serta disiplin diri yang tinggi sepanjang kejohanan.

 ?? ?? AZUAN
AZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia