Utusan Borneo (Sabah)

PRU15: UMNO Semporna sedia hadapi WARISAN

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: UMNO sedia meletakkan calon di Parlimen Semporna bagi menghadapi Parti Warisan (WARISAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan berkata pihaknya yakin boleh bersaing berdasarka­n kerja keras jentera dan prestasi Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan ketika ini.

Katanya, sokongan terhadap UMNO di daerah ini juga semakin baik dan banyak kerja turun padang yang telah dilakukan mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk.

“Ramai beranggapa­n parti WARISAN di Semporna sangat kuat, namun kami percaya akan dapat mengatasi mereka memandangk­an rakyat sudah mula yakin dengan kepimpinan kerajaan sekarang.

“UMNO akan melipatgan­dakan lagi usaha, sebab kami yakin tidak mustahil boleh memenangi kerusi parlimen Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis perjumpaan bersama pemimpin akar umbi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, di sini semalam.

Beliau yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Sulabayan berkata UMNO sudah cukup bersedia menghadapi PRU15 akan datang.

“Kita serahkan dengan pucuk pimpinan, sekiranya diarahkan untuk bertanding pada PRU15, jentera UMNO akan bekerja keras supaya boleh memperoleh­i kemenangan.

“Paling penting adalah memastikan kerajaan sekarang dapat kekal menerajui kepimpinan, manakala soal calon pula, kita akan sokong sesiapa sahaja yang dipilih pucuk pimpinan,” katanya.

Menurutnya, banyak perancanga­n untuk memajukan rakyat dan daerah Semporna sedang dirancang sekiranya kerajaan dapat dikekalkan pada masa akan datang.

“Paling penting pembelaan rakyat perlu dilakukan termasukla­h menyediaka­n peluang pekerjaan dan meningkatk­an pembanguna­n di daerah ini,” katanya.

Mengenai majlis perjumpaan ini, katanya, ia bertujuan menjelaska­n penjawatan pemimpin akar umbi dan peranan mereka di peringkat kampung.

“Selain itu, memberikan pengetahua­n dan maklumat berhubung bantuan-bantuan kerajaan yang disediakan supaya mereka dapat menjelaska­n kepada penduduk kampung.

“Sebenarnya, pemimpin akar umbi adalah mata dan telinga kerajaan serta mampu membantu menyampaik­an dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat di bawah,” katanya.

Terdahulu seramai 141 pemimpin akar umbi Dun Sulabayan terdiri Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampun (JPKK) hadir dalam majlis tersebut.

 ?? ?? TEMU RAMAH: Abdul Manan ketika ditemui media dalam majlis tersebut.
TEMU RAMAH: Abdul Manan ketika ditemui media dalam majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia