Utusan Borneo (Sabah)

Ahli PBS diminta terus aktif promosi parti

-

SANDAKAN: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Julita Majungki meminta semua ahli parti untuk terus aktif mempromosi­kan parti tertua di Sabah itu.

Katanya, rakyat perlu tahu bahawa PBS adalah sebuah parti yang baik dan dipimpin oleh pemimpin berwibawa, baik dan berintegri­ti.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan

Kesejahter­aan Rakyat berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Bersatu Bulan Penerangan PBS di Zon Sandakan Bandar di sini kelmarin.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Centre for Developmen­t Studies and Consultanc­y (CDSC).

Julita juga menjelaska­n bulan penerangan yang julung kali diadakan itu merupakan antara usaha PBS membantu bahagian parti mendekati rakyat demi memperkena­lkan dan menarik lebih ramai rakyat lagi untuk menjadi ahli.

Antara pengisian program itu ialah taklimat dan tutorial untuk pendaftara­n keahlian secara dalam talian dan aplikasi PBS yang disampaika­n kepada peserta terdiri daripada pemimpin dari lima bahagian PBS di Zon Sandakan Bandar.

Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Matunggong berharap selepas program itu, bahagianba­hagian PBS khususnya di Zon Sandakan Bandar, dapat memanfaatk­an teknologi berkenaan untuk menambah ahli.

Turut hadir Ketua Bahagian PBS Elopura, Datuk Linda Tsen; Ketua Pegawai Operasi CDSC, John Chryso Masabal dan penceramah CDSC, Dr. Bonaventur­e Boniface.

 ?? ?? ALBUM: Julita (enam kiri), Linda Tsen (lima kanan) dan ahli CDSC serta AJK pelaksana bergambar kenangan dalam program Jelajah Bersatu Bulan Penerangan PBS Zon Sandakan.
ALBUM: Julita (enam kiri), Linda Tsen (lima kanan) dan ahli CDSC serta AJK pelaksana bergambar kenangan dalam program Jelajah Bersatu Bulan Penerangan PBS Zon Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia