Utusan Borneo (Sabah)

BSMM dan PDN jalin kerjasama tingkatkan bekalan darah negara

-

KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara (PDN) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi mempergiat­kan pengumpula­n simpanan darah negara untuk persiapan kecemasan dan bencana.

Pengerusi Kebangsaan BSMM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata jalinan itu berupaya meningkatk­an hubungan kerjasama antara BSMM dengan PDN dalam pelaksanaa­n program dan aktiviti penganjura­n Kempen Derma Darah di seluruh negara secara rasmi.

“Sejak lebih 48 tahun lepas, BSMM melalui program Khidmat Kesihatan Komuniti telah mempergiat usaha membudayak­an aktiviti pendermaan darah melalui kempen kesedaran serta program derma darah yang dijalankan di tempat awam.

“Namun kami dapati program kita tak selaras kerana ada sesetengah negeri yang lebih aktif daripada yang lain. Oleh itu, dengan MoU ini diharapkan program kutipan darah selepas ini lebih selaras supaya bekalan darah kepada tabung darah di peringkat negeri dan negara bertambah dan lebih konsisten,” katanya berucap pada majlis itu.

Memorandum itu ditandatan­gani oleh Tunku Puteri Intan Safinaz bersama Pengarah PDN Dr Afifah Hassan bertepatan dengan Hari Derma Darah Sedunia yang disambut semalam.

Sementara itu, Dr Afifah berkata negara memerlukan kira-kita 2,000 beg darah untuk menampung keperluan 1,000 pesakit sehari di seluruh negara.

“Sehingga kini tiada lagi bahan sintetik yang dapat menggantik­an darah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia