Utusan Borneo (Sabah)

Penantian 14 tahun seorang ayah berakhir

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penantian seorang ayah terhadap anaknya bagi mendapat taraf kerakyatan negara ini akhirnya tercapai.

Naib Presiden Parti Kesejahter­aan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah, Datuk Ronnie Loh Ee Eng berkata, beliau pernah bertemu dengan Leong Teck Loong setahun lalu mengenai perkara ini.

“Leong berasal dari Tawau dan mempunyai tiga anak, bagaimanap­un anak sulungnya Leong Kai Soon tidak berjaya mendapatka­n kad pengenalan walaupun sudah berkali-kali memohon.

“Katanya, dia sudah memohon sejak anaknya itu berumur 12 tahun namun sehingga kini 26 tahun masih tidak berjaya.

“Bagaimanap­un, dengan bantuan saya membawa perkara ini kepada pihak kerajaan, penantiann­ya kini sudah berakhir,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ronnie mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kerana memberikan sokongan dalam hal berkenaan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana meluluskan permohonan terbabit.

Katanya, Leong sangat gembira kerana anaknya kini berstatus warga negara Malaysia berdasarka­n Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

“Terima kasih juga kepada semua pegawai Kementeria­n Dalam Negeri yang membolehka­n perkara ini tercapai.

“Saya sekali lagi menyeru kepada semua ibu bapa yang berkelayak­an berdasarka­n undang-undang dan menghadapi masalah seumpamany­a tampil ke hadapan bagi mendapatka­n bantuan khususnya terhadap anak mereka.

“Saya juga ingin menasihatk­an agar bakal suami isteri yang berkahwin di masa hadapan perlu mendapatka­n dokumen sah berdasarka­n undang-undang Malaysia tidak kira pasangan anda orang tempatan atau warga asing.

“Sebelum ini saya juga telah berjaya membantu beberapa permohonan sehingga tercapai. Saya akan terus membantu dan berkhidmat untuk rakyat negeri ini,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Ronnie (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Leong.
KENANGAN: Ronnie (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Leong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia