Utusan Borneo (Sabah)

UMS meterai persefaham­an dengan dua universiti di Turki

-

ISTANBUL: Hubungan akrab sedia terjalin antara Malaysia dan Turki sejak sekian lama terus dimanfaatk­an oleh Malaysia dalam meneroka kerjasama khususnya dalam bidang pengajian tinggi antara kedua-dua negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pihak kementeria­n sentiasa menyokong usaha institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia untuk mengadakan kerjasama dalam bidang akademik, pertukaran pelajar dan kakitangan, mahupun dalam aktiviti penyelidik­an.

“Kerjasama dua hala antara IPT kedua-dua negara bukan sahaja bakal meningkatk­an keterlihat­an universiti-universiti di Malaysia di peringkat antarabang­sa, malah turut berpotensi untuk menarik kehadiran pelajar antarabang­sa ke Malaysia, serta mampu untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan dengan Yildiz Technical Universiti (YTU) dan Marmara University (MU), di sini semalam.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin memaklumka­n bahawa MoU yang ditandatan­gani bersama YTU merupakan kerjasama dalam aktiviti pertukaran pelajar dan kakitangan di bawah program Erasmus, kerjasama dan penyelaras­an projek penyelidik­an bersama, penganjura­n aktiviti pembanguna­n kokurikulu­m pelajar seperti persidanga­n akademik, syarahan, kursus latihan pendek khas, seminar serta simposium.

“Melalui MoU tersebut kedua-dua universiti akan berkongsi Geran Mobiliti Erasmus yang sepadan untuk menaja sekurang-kurangnya pertukaran tiga orang pelajar selama satu semester, tiga pensyarah universiti untuk pertukaran staf akademik dan tiga staf pentadbir selama lima hari setiap seorang.

“Tajuk penyelidik­an bersama atau geran padanan yang akan dirancang adalah berkenaan kebolehpas­aran siswazah, serta kesediaan siswazah untuk tenaga kerja.

“Penyelidik­an ini mengkaji pengaruh faktor akademik dan kemahiran insaniah terhadap kebolehpas­aran graduan pelajar pengajian tinggi di Malaysia dan Turki,” katanya.

Taufiq mewakili UMS menandatan­gani perjanjian tersebut, manakala YTU diwakili Rektor, Prof. Dr. Tamer Yilmaz.

Bagi perjanjian bersama MU pula, Taufiq berkata kerjasama bakal menumpukan program mobiliti pelajar bertujuan untuk meningkatk­an pengalaman pembelajar­an pelajar dengan pendedahan kepada aspek budaya, ekonomi, politik, akademik dan seterusnya pembanguna­n minda pelajar.

“Melalui program mobiliti staf di bawah program Erasmus pula secara tidak langsung memberi latihan dan meningkatk­an kemahiran staf dalam pengajaran, penyelidik­an dan pembanguna­n universiti sekali gus mempromosi UMS di peringkat antarabang­sa.

“MoU dengan universiti ini juga menyaksika­n Geran Mobiliti Erasmus sekurang kurangnya bakal memberi faedah kepada tiga pelajar bagi program pertukaran pelajar selama satu semester, masing-masing tiga staf akademik dan pentadbir bagi tempoh lima hari,” kata Taufiq.

Beliau menambah, kolaborasi lain yang dirancang ialah projek penyelidik­an bersama bertajuk ‘Peranan dan kesan gaji minimum dalam pemulihan ekonomi pasca pandemik: Kajian perbanding­an Malaysia dan Turkiye’.

“Kajian ini bertujuan untuk mengupas isu dan persoalan tentang sejauh mana pelaksanaa­n gaji minimum dapat mengurangk­an peningkata­n kemiskinan dan ketidaksam­aan pendapatan di Turki dan Malaysia, serta bagaimana ia dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi, pemulihan keduadua negara terutamany­a pada ketika dunia masih berdepan dengan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Acara menandatan­gani perjanjian itu menyaksika­n UMS diwakili Taufiq manakala MU ditandatan­gani Rektor Prof. Dr. Mustafa Kurt.

Ujar Taufiq, kerjasama bersama kedua-dua universiti tersebut merupakan satu usaha UMS untuk meneruskan momentum peningkata­n peratus kebolehpas­aran graduan UMS yang telah mencatatka­n peratusan sebanyak 96.2 peratus pada tahun lalu berbanding 92.02 peratus pada tahun sebelumnya. *

 ?? ?? KENANGAN: Taufiq (kiri) dan Tamer (kanan) saling bertukar dokumen MoU dengan disaksikan Noraini (tengah).
KENANGAN: Taufiq (kiri) dan Tamer (kanan) saling bertukar dokumen MoU dengan disaksikan Noraini (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia