Utusan Borneo (Sabah)

CIDB GEMPUR TAPAK PEMBINAAN

• Lima kontraktor terima notis kesalahan dan kompaun

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sebanyak lapan notis kesalahan dan kompaun dikeluarka­n terhadap satu kontraktor dan empat subkontrak­tor menerusi operasi penguatkua­saan bersepadu antara jabatan anjuran Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di sini semalam.

Operasi itu juga turut menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 56 pekerja terdiri lapan warga tempatan dan 48 warga asing.

Antara agensi kerajaan terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Pengarah CIDB Sabah, Rosmen Ag Hassan, berkata notis dan kompaun itu dikeluarka­n terhadap satu kontraktor utama dan empat subkontrak­tor yang menjalanka­n projek perumahan di daerah ini.

Katanya, operasi bersepadu yang dijalankan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama antara jabatan dan agensi yang menguatkua­sakan peraturan serta undangunda­ng di tapak binaan.

“Kerjasama yang dilakukan itu sangat baik bagi menjalanka­n tugastugas penguatkua­saan lebih mudah dan efektif.

“Fokus utama operasi adalah berkaitan Pendaftara­n Kontraktor, Kewajipan Kontraktor, Pembayaran Levi, Personel Binaan, Akreditasi dan Bahan Binaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Rosmen berharap pemain-pemain industri dapat mematuhi peraturanp­eraturan yang ditetapkan berdasarka­n Akta 520.

“CIDB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya didapati gagal mematuhi Akta berkenaan dan berharap pemain industri boleh melaksanak­an pematuhan secara Pengawal Seliaan sendiri,” katanya.

 ?? ?? NOTIS: Pasukan operasi daripada CIDB mengeluark­an notis kesalahan kepada kontraktor.
NOTIS: Pasukan operasi daripada CIDB mengeluark­an notis kesalahan kepada kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia