Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu alami masalah kesihatan maut kemalangan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh kenderaan lain di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kolam Luyang di sini semalam.

Kejadian jam 8.15 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berumur 57 tahun itu mengalami masalah kesihatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 8.16 pagi.

“Bertindak dengan maklumat, kita menggegask­an sepasukan pegawai serta anggota dari BBP Lintas untuk melaksanak­an operasi penyelamat­an di lokasi.

“Kejadian membabitka­n dua buah kenderaan masingmasi­ng kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa serta sebuah lagi kenderaan dinaiki wanita berumur 32 tahun,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik dari Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba menjalanka­n pemeriksaa­n di lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada jam 8.37 pagi,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Pasukan bomba semasa menjalanka­n pemeriksaa­n awal terhadap mangsa selepas kemalangan di Jalan Kolam Luyang di sini.
MAUT: Pasukan bomba semasa menjalanka­n pemeriksaa­n awal terhadap mangsa selepas kemalangan di Jalan Kolam Luyang di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia